.

Sunday, November 13, 2016

GARIS UFUK (HORIZON)

GARIS UFUK (HORIZON)

1. Peti ajaib.


Perhatikan garis horizon atau garis ufuk bumi. Di mana curvature of earth (kekelokan, kelengkungan, kebengkokan bumi)? Perhatikan dengan mata dan hati. Begitu indah realiti duniawi, namun apabila masuk TV jadi lengkung pula?




2. Adakah horizon bengkok garisnya?

Garis ufuk (horizon) sentiasa kelihatan jika anda pusing 360 darjah akan kelihatan garis ufuk. Tak kira betapa tinggi anda naik (berapa tinggi sangat anda boleh naik?). Mana-mana lengkung (curvature) yang anda fikir anda lihat dari tingkap kapal terbang 'curved' atau juga menerusi lensa kamera go pro dan juga fisheye lenses. Realitinya, horizon tidak pernah bengkok garisannya.

3. Horizon vs Vertikal mana yang bengkok?

Lihat secara horizontal berbanding vertikel. Kedua-duanya adalah datar. Kita buat satu eksperimen mudah, anda berdiri di hadapan laut. Jika mata melihat garis ufuk adalah flat secara total, adakah anda mahu katakan ia lengkung? Mesti tidak bukan? Oleh itu, dengan terus melihat ke hadapan secara vertikal, adakah anda nak kata ada lengkungan juga? Baiklah, andaikan apa yang anda lihat garis ufuk tadi dari hujung sebelah kanan hingga sebelah kiri, anggarkan berapa jaraknya? Adakah arah yang anda lihat merangkumi satu jarak yang begitu jauh? Namun, kenapa tidak kelihatan satu lengkungan pun? Alam ini tidak pernah menipu.



4. Lihat hanya garis lurus di ufuk.

Anda dapat perhatikan di kawasan yang lapang dan tiada halangan. Anda boleh lihat di laut, pandangan dari pesawat atau kapal terbang (kedudukan lebih tinggi) anda tidak akan melihat lengkungan disebabkan sfera bumi, tapi yang diperhatikan adalah garis lurus.

5. Kapal semakin tenggelam di sebalik garis ufuk.

Persoalannya, bagaimana kita melihat kapal di laut yang semakin tenggelam? Bukankah ia menunjukkan bumi itu melengkung pada saat kapal itu bergerak menjauhi pemerhatian kita?

6. Objek terhalang oleh lengkungan bumi?

Objek terhalang oleh garis  ufuk bumi yang bukanlah terjadi disebabkan lengkungan bumi. Iadalah disebabkan perspektif batas penglihatan manusia disebabkan manusia itu rendah.

7. Perspektif jalan raya.

Cuba lihat jalan raya yang begitu panjang pada penghujungnya akan kelihatan semakin meruncing. Ini adalah disebabkan perspektif mata manusia dan disebabkan batas penglihatan manusia. Adakah dengan melihat jalan raya semakin meruncing kita katakan jalan raya itu semakin sempit? Pada keadaan asalnya adalah tidak. Cuma mata manusia sahaja yang melihatnya begitu.

8. Perspektif kapal di laut.

Kapal di lautan yang dilihat seolah-olah tenggelam. Bagaimana menerangkan fenomena ini? Ada dua jenis kapal. Kapal kecil dan kapal besar. Kapal kecil seperti bot kecil dan perahu tidak tenggelam, bahkan ia semakin jauh dan semakin kecil saiznya sehingga menjadi titik yang sangat kecil lalu masuk ke dalam garisan ufuk akhirnya hilang dari pandangan. Apa yang dilihat hanyalah garisan horizon/ garisan ufuk bumi. Berkemungkinan jika menggunakan alat bantuan optik, kapal kecil tadi akan  kelihatan tenggelam juga. Sila lakukan ujikaji dengan mengambil kamera berkuasa tinggi dan "zoom in". Anda akan dapati kapal masih di situ,  kapal itu memang terhalang oleh air laut. Maksudnya, kapal itu memang tenggelam?! Kapal besar pula akan kelihatan tenggelam oleh garis ufuk disebabkan batas penglihatan manusia terhalang oleh garis ufuk disebabkan manusia itu rendah.

9. Bagaimana menerangkan fenomena ini?

Kapal sememangnya terhalang kerana perspektif dan batas penglihatan manusia terhadap ketinggian dan jarak yang jauh. Maksudnya ialah ketinggian manusia yang terbatas (rendah) telah menghadkan daripada melihat objek yang jauh. Ditambah pula dengan faktor wap pada permukaan air yang apabila menjadi lapisan demi lapisan dan menjauh, ia akan menjadi satu lapisan penghalang daripada sebahagian kapal daripada dapat dilihat. Uji dengan menggunakan laser berkuasa tinggi. Tinggikan pada ketinggian manusia biasa. Halakan ke arah laut (arah ufuk bumi). Anda akan lihat dihujung laser itu tidak pun menyentuh air. Ini menunjukkan tiada kelengkungan berlaku.

10. Ujikaji batas penglihatan manusia.

Objek yang lebih rendah akan masuk ke garisan ufuk bumi kecuali jika objek di daratan itu lebih tinggi dan dapat dilihat terhalang oleh garis ufuk. 

11. Objek samawi juga terbenam / tenggelam.

Berikut adalah artikel penerangan mengapa perkara ini berlaku. Di dalam tiga artikel ini diharapkan kita dapat belajar sesuatu.

a. Objek Samawi Terbit Dan Terbenam.

b. Mengapa CN Tower Toronto Berselindung Di Sebalik Air Tasik Ontario?

c. Mengapa Bangunan Tinggi Di Tepi Laut Atau Tasik Kelihatan Terhalang Sebahagian.

12. Bedford Level Experiment.

Aras Bedford adalah sebuah terusan di Cambridgeshire England yang mempunyai laluan tali air yang lurus tanpa bengkok sepanjang 6 batu. Pada tahun 1865, Samuel Rowbotham melakukan eksperimen untuk membuktikan Bumi tidak mempunyai kelengkungan.

Rowbotham meletakkan teleskop setinggi 8 inci dari atas permukaan air di salah satu ujung terusan itu dan secara berturut-turut sepanjang pemerhatian dibantu oleh rakan-rakannya dengan memasang bendera hingga ke hujung yang lain sejauh enam batu. Hasil pemerhatian ialah beliau dapat melihat seluruh bot dan kesemua bendera di sepanjang terusan tersebut keseluruhannya walaupun bot sepatutnya telah hilang 16 kaki di bawah ufuk jika Bumi adalah sfera.

Ada sesetengahnya mendakwa ia hanya fatamorgana dan bot serta bendera itu kelihatan. Namun, fatamorgana memerlukan keadaan atmosfera yang sangat spesifik untuk berlaku dan ia tidak dapat menyangkal bahawa Rowbotham dapat melihat bot dan bendera di sepanjang jarak keseluruhan itu.

Cabaran seterusnya yang lebih hebat ialah dakwaan terhadap graviti yang kuat dekat dengan permukaan bumi menyebabkan cahaya bengkok membolehkan bot dilihat di kaki langit dan objek boleh dilihat tenggelam di bawah ufuk. Namun begitu, bagaimana mungkin cahaya sentiasa membengkok untuk membolehkan anda terus melihat objek tersebut?



Eksperimen ini boleh dimuat turun di sini berkaitan buku Zetetic Astronomy: Earth Not a Globe by Samuel Birley Rowbotham (1816–1884).pdf Anda boleh melakukan eksperimen sendiri dengan tujuan pengesahan dan mencari kebenaran. Perkara ini mudah dilakukan, dengan mencari tempat dengan mercu tanda yang terletak jarak jauh di seberang laut dan melihatnya melalui teropong. Mengikut trigonometri sfera jika Bumi adalah seperti sferanya bola, ia akan melengkung ke bawah 8 inci didarabkan dengan setiap satu batu jaraknya, sehingga objek 6 batu jauhnya adalah 8 (inci) x 5 (batu) kuasa dua = 8 x 25 = 200 inci = 16.6 kaki di bawah ufuk). Ini adalah "Traditional Earth Curvature Formula".



Dalam kajian Bedford Level Experiment menunjukkan bahwa seluruh bahagian kapal akan terlihat sepenuhnya, ini membuktikan bahawa bumi tidaklah bulat. Jawapan daripada ujikaji yang dijalankan pada tahun 1865 adalah mudah dan jelas. Tiada kelengkungan bumi!



13. Mata tidak menipu kita.

Perhatikan garis ufuk yang rata, begitulah juga pandangan mamusia terus kehadapan. Mata tidak silap dalam pemandangan ini. Yang menipu adalah fikiran kita. Seorang itu boleh berjaya selagi mana dia fikir dan yakin dia boleh berjaya. Namun fikirannya lah yang menentukan kemampuan fizikal yang sebenarnya. Ibarat iceberg, kecil di luar, besar di dalam menyebabkan titanic karam di Atlantik. Jangan disangka kecil, kecil-kecil cili padi. Siapa yang makan akan tau kepedasannya. Masih lama lagikah, hati ini mahu lembut menerima kebenaran?

Baca artikel berkaitan
Horizon Yang Rata

No comments:

Post a Comment