.

Showing posts with label Lengkungan Bumi. Show all posts
Showing posts with label Lengkungan Bumi. Show all posts

Monday, September 18, 2017

MENGAPA CN TOWER TORONTO BERSELINDUNG DI SEBALIK AIR TASIK ONTARIO?

Artikel ini akan menerangkan mengapa 184 meter menara CN di Toronto, Kanada berselindung di sebalik air Tasik Ontario?

Ada video dan gambar yang mendakwa bahawa menara CN di Toronto berselindung di sebalik air tasik ontario. Lihat gambar di bawah ini.


Persoalan yang diberi ialah:

1. Di manakah bangunan rendah yang lebih rendah dari menara CN?

2. Di mana lagi 184 meter menara CN toronto hilang?

3. Menara atau bangunan tenggelam atau berada di sebalik air?

4. Bangunan itu pada satu kedudukan tetap kenapa vanish partial (sebahagian) sahaja?

Mari kita lanjutkan perbincangannya. 

1. Terlindung disebabkan apa?

Bahagian menara adalah terlindung disebalik garis horizon, namun bukan disebabkan lengkungan (curvature) bumi sfera. Bahagian menara yang terlindung berada di sebalik air disebabkan batas ketinggian pemerhati. Air itu sifatnya datar pada permukaan.

2. Perspektif jalan raya dan rel kereta api.

Dalam perspektif, apabila semakin jauh, objek akan semakin mengecil sehingga hilang dari pandangan pada titik lenyap (vanishing point). Objek yang sangat panjang dan lurus seperti jalan raya atau rel keretapi, ia akan mengecil sehingga kiri dan kanan bertemu pada satu titik. Rel kereta api atau jalan raya ini juga menaik terus ke hadapan menjadi titik di garis ufuk.

3. Objek tinggi terhalang.

Untuk objek yang lebih tinggi pula seperti bangunan, apabila jarak semakin jauh akan semakin kecil dan rendah, sebelum menjadi vanishing pointnya di garis ufuk ia kelihatan sudah terhalang oleh objek yang lebih rendah di garis ufuk.

Objek di bumi yang lebih rendah menemui titik lenyapnya (vanishing point) lebih awal berbanding objek yang lebih tinggi. Namun, untuk objek yang lebih tinggi seperti Menara CN (iaitu berketinggian 553.33 meter), ia akan terlindung disebalik garis ufuk pada jarak 62km.

CN Tower, Toronto Kanada masih lagi kelihatan dari jarak 62 km iaitu dari Olcott, Amerika Syarikat. Gambar diambil perlu mengambil kira keadaan kualiti udara samada berjerebu atau pun kelembapan (humidity) dan juga cahayanya.

Gambar yang diambil dari Olcott adalah gambar yang di zoom oleh kamera DSLR. Kita dapat dapatkan semula (restore) objek yang dikatakan objek yang dah vanish atau hilang dalam keadaan objek lebih tinggi didapati terlindung oleh garis ufuk (horizon). Restore balik objek hilang itu dengan visual aid (contohnya telescope, binocular, teropong dan sebagainya).

Ada bahagian yang terhalang dibelakang garis ufuk. Mengapa fenomena ini berlaku?

Menara CN di Toronto Kanada terlindung oleh garis ufuk dan terlindung adalah benar. Tetapi menaran CN terlindung bukanlah disebabkan lengkungan bumi (Curvature of Earth).
Ia sebenarnya disebabkan batas penglihatan manusia.


Jika kita lihat ke hadapan, fenomena daratan menaik dan langit menurun lalu bertemu di garis ufuk.



Lihat pula ke hadapan. Kita akan dapat lihat bahagian atas (atas 'kepala') objek yg lebih rendah daripada pemerhati. Namun apabila sudah jauh pada jarak, bahagian atas objek rendah tadi tidak dapat dilihat. Yang tinggal hanya bahagian sisi sahaja. Hasilnya akan dapat lihat objek jauh semakin menaik.


Garis ufuk/ horizon pula sentiasa berada pada aras mata. pandangan ke hadapan pemerhati sentiasa akan dapat lihat garis ufuk di hadapan dan separas mata. Walau berapa tinggi pemerhati naik akan didapati garis ufuk sentiasa di hadapan.



Garis ufuk atau horizon pula sentiasa berada pada aras mata pandangan ke hadapan pemerhati. Garis sentiasa akan dapat lihat garis ufuk di hadapan dan separas dengan mata. Walau berapa tinggi pemerhati naik akan didapati garis ufuk sentiasa di hadapan. Dalam kajian, batas manusia boleh naik tidak lebih daripada 20 km. Manakala manusia boleh naik lebih tinggi dengan bantuan alat pernafasan dan bantuan sut tekanan ialah 40 km. FE menafikan adanya kemampuan manusia biasa bahkan dengan teknologi moden terkini pun tidak dapat naik lebih tinggi daripada ini.



Ini kerana  pandangan pemerhati sudah terhalang oleh objek yang lebih kecil dan rendah yang sudah masuk ke vanishing pointnya (menjadi titik) lebih awal disebabkan jarak yang jauh. Ibaratnya, objek yang lebih rendah dan jauh sudah menghalang penglihatan manusia atau objek kecil atau lebih rendah sudah lebih tinggi berbanding ketinggian pemerhati.

Perkara ini berlaku disebabkan batas penglihatan manusia berbanding tinggi pemerhati. (Baca di sini).

Bagi kes menara CN, untuk melihat bahagian yang terlindung oleh garis ufuk, pemerhati perlu naik ke tempat yang lebih tinggi berbanding tinggi objek yang dilihat.

Bagi kes Matahari terbenam pula, jika pemerhati naik ke tempat tinggi untuk melihat Matahari yang sudah terbenam disebabkan terlindung oleh garis ufuk, contohnya naik kapal terbang. ia masih belum mengatasi jarak Matahari itu berada pada kawasan keadaan Istiwa berlaku.

Jarak Matahari kepada pemerhati (9055.7 km, berdasarkan pengiraan segi empat dalam bulatan orbital plane Matahari ukur keliling 40233.50 km). Manakala, ketinggian (altitude) Matahari pula ialah 4828.02 km.

Pengiraan lanjut pada posting yang akan datang, insyaAllah.















Sunday, November 13, 2016

GARIS UFUK (HORIZON)

GARIS UFUK (HORIZON)

1. Peti ajaib.


Perhatikan garis horizon atau garis ufuk bumi. Di mana curvature of earth (kekelokan, kelengkungan, kebengkokan bumi)? Perhatikan dengan mata dan hati. Begitu indah realiti duniawi, namun apabila masuk TV jadi lengkung pula?




2. Adakah horizon bengkok garisnya?

Garis ufuk (horizon) sentiasa kelihatan jika anda pusing 360 darjah akan kelihatan garis ufuk. Tak kira betapa tinggi anda naik (berapa tinggi sangat anda boleh naik?). Mana-mana lengkung (curvature) yang anda fikir anda lihat dari tingkap kapal terbang 'curved' atau juga menerusi lensa kamera go pro dan juga fisheye lenses. Realitinya, horizon tidak pernah bengkok garisannya.

3. Horizon vs Vertikal mana yang bengkok?

Lihat secara horizontal berbanding vertikel. Kedua-duanya adalah datar. Kita buat satu eksperimen mudah, anda berdiri di hadapan laut. Jika mata melihat garis ufuk adalah flat secara total, adakah anda mahu katakan ia lengkung? Mesti tidak bukan? Oleh itu, dengan terus melihat ke hadapan secara vertikal, adakah anda nak kata ada lengkungan juga? Baiklah, andaikan apa yang anda lihat garis ufuk tadi dari hujung sebelah kanan hingga sebelah kiri, anggarkan berapa jaraknya? Adakah arah yang anda lihat merangkumi satu jarak yang begitu jauh? Namun, kenapa tidak kelihatan satu lengkungan pun? Alam ini tidak pernah menipu.



4. Lihat hanya garis lurus di ufuk.

Anda dapat perhatikan di kawasan yang lapang dan tiada halangan. Anda boleh lihat di laut, pandangan dari pesawat atau kapal terbang (kedudukan lebih tinggi) anda tidak akan melihat lengkungan disebabkan sfera bumi, tapi yang diperhatikan adalah garis lurus.

5. Kapal semakin tenggelam di sebalik garis ufuk.

Persoalannya, bagaimana kita melihat kapal di laut yang semakin tenggelam? Bukankah ia menunjukkan bumi itu melengkung pada saat kapal itu bergerak menjauhi pemerhatian kita?

6. Objek terhalang oleh lengkungan bumi?

Objek terhalang oleh garis  ufuk bumi yang bukanlah terjadi disebabkan lengkungan bumi. Iadalah disebabkan perspektif batas penglihatan manusia disebabkan manusia itu rendah.

7. Perspektif jalan raya.

Cuba lihat jalan raya yang begitu panjang pada penghujungnya akan kelihatan semakin meruncing. Ini adalah disebabkan perspektif mata manusia dan disebabkan batas penglihatan manusia. Adakah dengan melihat jalan raya semakin meruncing kita katakan jalan raya itu semakin sempit? Pada keadaan asalnya adalah tidak. Cuma mata manusia sahaja yang melihatnya begitu.

8. Perspektif kapal di laut.

Kapal di lautan yang dilihat seolah-olah tenggelam. Bagaimana menerangkan fenomena ini? Ada dua jenis kapal. Kapal kecil dan kapal besar. Kapal kecil seperti bot kecil dan perahu tidak tenggelam, bahkan ia semakin jauh dan semakin kecil saiznya sehingga menjadi titik yang sangat kecil lalu masuk ke dalam garisan ufuk akhirnya hilang dari pandangan. Apa yang dilihat hanyalah garisan horizon/ garisan ufuk bumi. Berkemungkinan jika menggunakan alat bantuan optik, kapal kecil tadi akan  kelihatan tenggelam juga. Sila lakukan ujikaji dengan mengambil kamera berkuasa tinggi dan "zoom in". Anda akan dapati kapal masih di situ,  kapal itu memang terhalang oleh air laut. Maksudnya, kapal itu memang tenggelam?! Kapal besar pula akan kelihatan tenggelam oleh garis ufuk disebabkan batas penglihatan manusia terhalang oleh garis ufuk disebabkan manusia itu rendah.

9. Bagaimana menerangkan fenomena ini?

Kapal sememangnya terhalang kerana perspektif dan batas penglihatan manusia terhadap ketinggian dan jarak yang jauh. Maksudnya ialah ketinggian manusia yang terbatas (rendah) telah menghadkan daripada melihat objek yang jauh. Ditambah pula dengan faktor wap pada permukaan air yang apabila menjadi lapisan demi lapisan dan menjauh, ia akan menjadi satu lapisan penghalang daripada sebahagian kapal daripada dapat dilihat. Uji dengan menggunakan laser berkuasa tinggi. Tinggikan pada ketinggian manusia biasa. Halakan ke arah laut (arah ufuk bumi). Anda akan lihat dihujung laser itu tidak pun menyentuh air. Ini menunjukkan tiada kelengkungan berlaku.

10. Ujikaji batas penglihatan manusia.

Objek yang lebih rendah akan masuk ke garisan ufuk bumi kecuali jika objek di daratan itu lebih tinggi dan dapat dilihat terhalang oleh garis ufuk. 

11. Objek samawi juga terbenam / tenggelam.

Berikut adalah artikel penerangan mengapa perkara ini berlaku. Di dalam tiga artikel ini diharapkan kita dapat belajar sesuatu.

a. Objek Samawi Terbit Dan Terbenam.

b. Mengapa CN Tower Toronto Berselindung Di Sebalik Air Tasik Ontario?

c. Mengapa Bangunan Tinggi Di Tepi Laut Atau Tasik Kelihatan Terhalang Sebahagian.

12. Bedford Level Experiment.

Aras Bedford adalah sebuah terusan di Cambridgeshire England yang mempunyai laluan tali air yang lurus tanpa bengkok sepanjang 6 batu. Pada tahun 1865, Samuel Rowbotham melakukan eksperimen untuk membuktikan Bumi tidak mempunyai kelengkungan.

Rowbotham meletakkan teleskop setinggi 8 inci dari atas permukaan air di salah satu ujung terusan itu dan secara berturut-turut sepanjang pemerhatian dibantu oleh rakan-rakannya dengan memasang bendera hingga ke hujung yang lain sejauh enam batu. Hasil pemerhatian ialah beliau dapat melihat seluruh bot dan kesemua bendera di sepanjang terusan tersebut keseluruhannya walaupun bot sepatutnya telah hilang 16 kaki di bawah ufuk jika Bumi adalah sfera.

Ada sesetengahnya mendakwa ia hanya fatamorgana dan bot serta bendera itu kelihatan. Namun, fatamorgana memerlukan keadaan atmosfera yang sangat spesifik untuk berlaku dan ia tidak dapat menyangkal bahawa Rowbotham dapat melihat bot dan bendera di sepanjang jarak keseluruhan itu.

Cabaran seterusnya yang lebih hebat ialah dakwaan terhadap graviti yang kuat dekat dengan permukaan bumi menyebabkan cahaya bengkok membolehkan bot dilihat di kaki langit dan objek boleh dilihat tenggelam di bawah ufuk. Namun begitu, bagaimana mungkin cahaya sentiasa membengkok untuk membolehkan anda terus melihat objek tersebut?



Eksperimen ini boleh dimuat turun di sini berkaitan buku Zetetic Astronomy: Earth Not a Globe by Samuel Birley Rowbotham (1816–1884).pdf Anda boleh melakukan eksperimen sendiri dengan tujuan pengesahan dan mencari kebenaran. Perkara ini mudah dilakukan, dengan mencari tempat dengan mercu tanda yang terletak jarak jauh di seberang laut dan melihatnya melalui teropong. Mengikut trigonometri sfera jika Bumi adalah seperti sferanya bola, ia akan melengkung ke bawah 8 inci didarabkan dengan setiap satu batu jaraknya, sehingga objek 6 batu jauhnya adalah 8 (inci) x 5 (batu) kuasa dua = 8 x 25 = 200 inci = 16.6 kaki di bawah ufuk). Ini adalah "Traditional Earth Curvature Formula".



Dalam kajian Bedford Level Experiment menunjukkan bahwa seluruh bahagian kapal akan terlihat sepenuhnya, ini membuktikan bahawa bumi tidaklah bulat. Jawapan daripada ujikaji yang dijalankan pada tahun 1865 adalah mudah dan jelas. Tiada kelengkungan bumi!



13. Mata tidak menipu kita.

Perhatikan garis ufuk yang rata, begitulah juga pandangan mamusia terus kehadapan. Mata tidak silap dalam pemandangan ini. Yang menipu adalah fikiran kita. Seorang itu boleh berjaya selagi mana dia fikir dan yakin dia boleh berjaya. Namun fikirannya lah yang menentukan kemampuan fizikal yang sebenarnya. Ibarat iceberg, kecil di luar, besar di dalam menyebabkan titanic karam di Atlantik. Jangan disangka kecil, kecil-kecil cili padi. Siapa yang makan akan tau kepedasannya. Masih lama lagikah, hati ini mahu lembut menerima kebenaran?

Baca artikel berkaitan
Horizon Yang Rata