.

Friday, June 29, 2018

VANISHING POINT DALAM SISI PANDANGAN BERBEZA



'Vanishing point' Dalam Sisi Pandangan Berbeza Dalam Teori Bumi Datar.

1. Vanishing Point / Titik Lenyap.

Vanishing point atau titik lenyap adalah titik pada satah imej dari perspektif lukisan di mana unjuran perspektif dua dimensi (lukisan) garisan saling selari dalam ruang tiga dimensi hingga semakin mengecil dan menumpu. Apabila set garisan selari adalah serenjang dengan satah gambar, pembinaan itu dikenali sebagai perspektif satu titik, dan titik hilangnya sepadan dengan oculus, atau "titik mata", dari mana imej itu harus dilihat untuk geometri perspektif yang betul. Lukisan linear tradisional menggunakan objek dengan satu hingga tiga set persamaan, menentukan satu hingga tiga titik lenyap. Secara ringkasnya titik lenyap di mana garis paralel (selari) yang dilihat dalam perspektif kelihatan menumpu dan bertemu di satu titik di garis ufuk.

2. Teori Bumi Sfera Dalam Ilmu Falak.

Dalam teori bumi sfera dari sisi pandangan ilmu  falak dapat dibuktikan dengan kaedah cerapan garisan ufuk. Ufuk dari segi istilah ditafsirkan sebagai kaki langit atau garisan horizon yang menjadi garis batas pandangan manusia. Ufuk terbahagi kepada dua iaitu ufuk mari’e (ufuk pandangan) dan ufuk hakiki (ufuk sebenar). Kebiasaannya dalam aktiviti cerapan falak ianya lebih cenderung kepada ufuk mari’e. Dari segi teori, lebih tinggi kedudukan seseorang pencerap lebih besar peluang untuknya melihat garisan ufuk sama ada secara rata atau melengkung disebabkan bentuk bumi yang sfera. Ketinggian yang dimaksudkan di sini adalah ketinggian aras satu-satu penerbangan sama ada pesawat komersil atau pesawat pejuang.

3. Persoalan Kepada Teori Bumi Sfera.

Beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pendukung teori bumi sfera iaitu:

1. Dalam kaedah cerapan garisan ufuk, ufuk dari segi istilah ditafsirkan sebagai kaki langit atau garisan horizon yang menjadi garis batas pandangan manusia. Oleh itu apakah yang menyebabkna kaki langit dan daratan di garis horizon kelihatan bercantum atau bertemu?

2. Ufuk terbahagi kepada dua iaitu ufuk mari’e (ufuk pandangan) dan ufuk hakiki (ufuk sebenar). Oleh itu, berapa jauhkah jarak yang pada ketinggian manusia biasa di daratan dapat melihat ufuk pandangan? 

3. Kebiasaannya dalam aktiviti cerapan falak ianya lebih cenderung kepada ufuk mari’e. Dari segi teori, lebih tinggi kedudukan seseorang pencerap lebih besar peluang untuknya melihat garisan ufuk sama ada secara rata atau melengkung disebabkan bentuk bumi yang sfera. Ketinggian yang dimaksudkan di sini adalah ketinggian aras satu-satu penerbangan sama ada pesawat komersil atau pesawat pejuang. Oleh itu, berapa tinggikah nilai dalam kilometer, manusia perlu naik untuk melihat ufuk sebenar yang dikatakan dapat melihat lengkungan bumi? 

4. Ini Adalah Satu Bentuk Fenomena.

Vanishing point adalah sebahagian fenomena yang berkaitan garis horizon (ufuk). Terbentuknya garis ufuk adalah hasil himpunan pertemuan garis-garis selari yang menumpu dan menjadi titik lenyap di ufuk. Fenomena merupakan suatu peristiwa yang nyata, sesuatu fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat dilihat dan merupakan sesuatu yang istimewa. Jika ia adalah satu fenomena, sama ada dalam teori bumi sfera mahupun bumi datar, kita melihat peristiwa yang sama. Namun, sisi pandangan penerangan lah yang membezakan bagaimana kita melihat dan membaca alam ini.

5. Vanishing Point Dalam Teori Bumi Datar.

Kami akan menerangkan bagimana vanishing point boleh berlaku pada pandangan teori bumi datar. Perkara ini dapat dibahagikan kepada dua (2) keadaan iaitu:

1. objek di atas daratan (bumi).

2. objek samawi (langit).

Apabila sebut sahaja vanishing point (VP) maka kita boleh bayangkan satu objek seperti kubus 3 Dimensi yang garis selari sisinya semakin jauh dari pandangan dan mengecil hingga menjadi titik kecil dan hilang. Atau sebuah landasan keretapi yang lurus semakin jauh lalu rel kiri dan kanan semakin meruncing dan akhirnya bercantum di titik lenyapnya di garis ufuk.

Objek di darat yang bersaiz kecil dan berketinggian rendah akan masuk ke vanishing pointnya lebih awal dan menjadi vanishing point lalu titik itu berkumpul menjadi garis ufuk.

Dengan ketinggian manusia dan kemampuan melihat dibatasi dengan objek-objek sekeliling menyebabkan objek jauh di daratan tidak dapat dilihat samada sudah sampai ke Vanishing Point nya ataupun jika objek di atas darat itu lebih tinggi, maka akan kelihatan terbenam.

Namun untuk objek di langit yang lebih besar seperti Matahari tidak mungkin matahari dilihat masuk menjadi vanishing point. Disebabkan dua faktor ini bergabung iaitu ketinggian yang 4800km dan disebabkan kemampuan manusia sendiri untuk melihat objek tinggi sudah terhalang oleh objek-objek di daratan di garis horizon sebagai had nya, oleh itu, Matahari dilihat timbul dan tenggelam pada pandangan kita.

6. Bintang juga terbit dan terbenam.

Sama bagi kes bintang, ia juga timbul dan tenggelam disebabkan faktor ketinggian dan batas ketinggian manusia dapat lihat objek jauh sudah terhalang pandangan di garis ufuk. Ada ketika bintang sukar dilihat adalah disebabkan ketumpatan udara atau awan dan juga pencemaran cahaya sebagai penghalang dari ia dapat dilihat. Pada waktu siang pula, bintang tidak dapat dilihat disebabkan cahaya dari dua sumber iaitu cahaya kecerahan langit dan cahaya matahari yang mendominasi pandangan penglihatan manusia. Bintang masih beredar di atas langit pada garis edarnya, cuma ia tidak kelihatan pada waktu siang. Namun, bintang hanya dapat dilihat pada waktu siang hanya ketika gerhana Matahari berlaku. Itu pun tidak semua bintang yang dapat dilihat kerana ia bergantung kepada kecerahan bintang itu sendiri. Sebagai contoh, semasa berlakunya gerhana Matahari penuh pada 21 Ogos 2017 yang dapat dicerap di Dalles, Oregon, Amerika Syarikat, ada saksi yang melihat bintang Kejora ketika Matahari terhalang oleh jasad Bulan.

7. Konsep objek di bumi dan objek di langit.

Objek yang masuk ke vanishing point nya ialah objek yang:

1. rendah dan
2. kecil.

iaitu objek di daratan.

Objek yang tidak masuk ke vanishing point nya ialah objek yang:

1. tinggi dan
2. besar.

iaitu objek samawi di langit.

8. Ketepuan udara penghalang penglihatan.

Oleh itu, ketepuan udara disebabkan kelembapan udara dan awan yang melindungi pandangan penglihatan bukanlah penyebab satu-satu objek masuk ke vanishing point nya. Tetapi hanyalah menjadi penghalang penglihatan.

9. Persoalan Kepada Teori Bumi Datar.

Mungkin ada yang menyangkal kenapa apabila berada di atas kapal terbang masih lagi memerhatikan matahari timbul dan tenggelam? 

Jawapannya adalah disebabkan batas pemerhati naik ke atas juga. Batas ketinggian. Berapa tinggi manusia boleh naik ke tempat tinggi? Jika kapal terbang penumpang biasa hanya boleh naik hingga 8km ke 14km sahaja berbanding jarak matahari menjauh secara lingkaran iaitu melebihi 9000km untuk samada sunrise atau sunset berlaku. Nisbah yang tidak memungkinkan manusia dapat mengelakkan daripada melihat objek sawami mencapai vanishing point nya. Sebelum ia sampai ke vanishing point nya manusia sudah terhalang oleh objek-objek daratan yang samada lebih tinggi mahupun lebih rendah daripada pemerhati namun disebabkan jarak yang menjauh boleh menjadi penghalang juga.

10. Pertemuan antara daratan (garis ufuk) dan langit.

Lihat daratan ia semakin menaik, dan langit semakin menurun lalu bercantum di garis ufuk. Bagaimana menerangkan fenomena ini? 

Begitu juga, jika kita melihat aras air di ufuk sentiasa pasa aras mata. Sejauh mana kita melihat dengan mata kepala sendiri garis ufuk itu flat, maka begitu jugalah keadaanya pandangan kita secara vertikal menuju ke arah garis ufuk itu juga flat atau datar. Tiada lengkungan bumi ditemui melainkan ia hanya andaian dan rekaan semata menggunakan teknologi seperti memasang fisheye wide-angle lens pada kamera.

11. Sebuah analogi ketinggian.

Katakan anda tidak dapat melihat objek disebalik sebuah bangunan kerana bangunan tersebut lebih tinggi daripada anda. Namun, jika anda menjauhi bangunan tersebut, walaupun anda melihat bangunan semakin kecil, adakah pada hakikatnya bangunan tersebut lebih rendah daripada anda? Tidak bukan? Walaupun bangunan itu sudah jauh ia tetap boleh menjadi faktor penghalang untuk melihat objek yang lebih jauh. Oleh itu, fenomena yang sama namun sudut pandangan berbeza lah yang menjadikan samada teori bumi sfera dan bumi datar wujud.

12. Horizon menghalang objek samawi.

Horizon (kaki langit) adalah tempat di mana objek-objek yang lebih rendah di atas daratan berkumpul pada vanishing point (titik lenyap) nya menjadi satu garis lurus horizontal di atas bumi yang datar permukaannya. Horizon dilihat menjadi penghalang daripada objek samawi dari dilihat menjadikan ianya timbul dan tenggelam adalah disebabkan ketinggian pemerhati itu sendiri adalah rendah.