.

Saturday, October 19, 2019

Peta Bumi Datar Yang Didakwa Peta Bumi datar sebenarnya... Ini Pandangan Kami

Peta Bumi Datar Yang Didakwa Peta Bumi datar sebenarnya... Ini Pandangan Kami.


Pada waktu berlaku peristiwa istiwa azam iaitu ketika Matahari berada tepat di atas kaabah yang berlaku pada tarikh 28 Mei setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang dan 16 Julai setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang. Tidak dinafikan, arah kiblat yang tepat jika menghadap arah Kaabah telah disahkan tepat oleh jabatan-jabatan mufti, maka semua bayang kelihatan selari dengan mozek pada lantai dan dinding-dinding atau tiang masjid. Sehubungan dengan itu, negara-negara yang mengalami keadaan siang pada waktu itu boleh mencerap arah kiblat masing-masing.

Sebagai lanjutan daripada peristiwa ini, maka ramai pendukung teori Globe Earth (GE) yang mengaitkan ukuran kiblat pada peta yang didakwa kononnya adalah  peta bumi datar tidak menunjukkan bukti peta bumi datar adalah tepat. Sebagai rujukan ia adalah peta yang direka oleh Alexander Gleason pada tahun 1892 yang dikenali sebagai Peta Gleason atau  peta unjuran azimuth jarak sama (azimuthal equidistant projection). Walau bagaimanapun, kami tidak bersetuju peta itu adalah peta bumi datar yang sebenar. Kami tegaskan di sini ia bukanlah peta bumi datar (Flat Earth Map) yang sebenar.

The extorsion of the map from that of a globe consist, mainly in the straightening out of the meridian lines allowing each to retain their original value from Greenwich, the equator to the two poles.
- US Patent No. 497,917
Maksudnya di sini, Peta Gleason sendiri adalah peta daripada unjuran model bentuk bumi sfera.

Peta Gleason adalah peta unjuran azimuthal yang mana jaraknya adalah sama dengan azimuth (azimuthal equidistant) yang menjadikan kutub utara sebagai arah utara.

Ibaratnya peta yang didakwa peta FE bumi datar bukanlah peta bumi datar yang sebenar kerana ianya tidak lain hanyalah peta globe atau peta bumi sfera berbentuk 3D yang dijadikan peta 2D. Peta Gleason ini sebenarnya ia juga adalah peta globe yang dilihat dari sisi pandangan atas.

Dalam peta unjuran azimuth ini, unjuran polar berguna dalam penentuan jarak yang benar peta melalui titik tengah berkadar terus di kutub utara dengan tempat-tempat lain dalam peta itu secara azimuth (arah) yang menunjukkan semua garis meridian (garis longitud) sebagai garis yang lurus dengan kutub utara.

Namun begitu, tidak dinafikan peta globe sudah diperkukuhkan (establish) dan sentiasa diberi penambahbaikkan dari segi data arah dan jarak yang lebih tepat.

Bersangkutan dengan hal ini, jika peta bumi globe yang direka dari bentuk asalnya ialah bumi sfera, diubah daripada bentuk 3D kepada 2D flat (datar) di atas kertas menjadi peta unjuran peta azimuthal, maka adalah tidak relevan lagi untuk mencari arah (kiblat) menggunakan kaedah segitiga trigonometri di atas peta globe ini. Maka, arahnya akan lari (tidak tepat!).

Ironinya, jika dibuat pencerapan dan pengiraan sebenar pada waktu istiwa azam semestinya arah azimuth yang kita dapat ialah 292 darjah. Seperti mana sudut azimuth kiblat Masjid besi Putrajaya adalah 292.64 darjah, diukur dalam peta Google Earth berasaskan konsep bumi sfera juga adalah sama. 

Maksudnya di sini, andai kata kita belum ada peta unjuran azimuthal ini, dan kita mencerap arah azimuth kiblat pada waktu istiwa azam berlaku. Dengan mengambil kira arah utara pada kompas, seterusnya mencerap pada arah kiblat iaitu 68 darjah, dan dikirakan azimuth arah kiblat iaitu 360° - 68° = 292° adalah arah sebenar kiblat dari Malaysia.

Disingkapkan kaedah asal pembikinan peta bumi sfera pada pandangan kami ialah ketika pencerapan kiblat dari Malaysia dilakukan adalah 292 darjah, kemudian bumi yang datar diubah kepada sebuah globe (sfera), maka formula untuk mencari arah kiblat berdasarkan globe tidak lari daripada menggunakan formula haversine iaitu formula segitiga sfera dengan jejari sfera bumi ialah 6371 kilometer. Formula ini telah direka khas berdasarkan data pencerapan sebenar dari bumi yang datar lalu diubah menjadi model bumi sfera seterusnya ditambah baik dengan arah yang dicerap dari masa ke masa. Oleh hal yang demikian, arah sebenar kiblat dari Malaysia apabila diletakkan pada bumi globe sfera mestilah ditetapkan arahnya ialah 292° berdasarkan pencerapan dan mesti dihitung menggunakan formula haversine kerana bumi yang datar telah dijadikan sfera.

Titik koordinat yang diwakili oleh garis lintang  (latitud) dan garis bujur  (longitud) pada kedudukan adalah seperti berikut:



Garis bujur adalah garis yang bermula dari arah utara hingga selatan bumi. Garis bujur dikira bermula pada garis Greenwich. Garis bujur terdiri dari dua bahagian, iaitu bujur timur dan bujur barat. Manakala garis lintang adalah garis yang bermula dari arah barat menuju timur bumi. Seperti garis bujur, garis lintang terdiri dari dua bahagian, iaitu lintang utara dan lintang selatan. Garis lintang ini berada pada bahagian tengah sisi bumi dan dikenal dengan garis khatulistiwa atau equator. Titik koordinat yang ditetapkan pada peta globe iaitu garis lintang dan garis bujur maka untuk mengira jarak dan arah memerlukan formula khas yang dikenali sebagai formula haversine

Akhirnya, kami menegaskan bahawa adalah tidak relevan untuk mencari arah kiblat pada peta bumi sfera dari model bumi 3D yang dijadikan model bumi 2D yang disebut sebagai peta unjuran azimuthal ini tanpa menggunakan formula haversine. Ia pasti menunjukkan bacaan 312.5 darjah dan ia tertolak untuk menyatakan peta unjuran azimuthal dari globe sebagai peta bumi datar. Ibaratnya jauh panggang dari api bermakna mustahil sesuatu hal itu boleh (untuk) berlaku.

- Pengkaji Falak
Sabtu, 23 Safar 1441H
bersamaan 19 Oktober 2019




...

Saturday, July 13, 2019

Horizon Yang Rata

Horizon yang rata

Definisi horizon atau ufuk adalah garis di mana permukaan bumi dan langit kelihatan bertemu. Garis ufuk sebagai penanda atau jalur panjang yang nipis. Horizontal atau melintang pula bermakna selari kepada satah horizon pada sudut tepat kepada vertikal atau menegak. 

Ini adalah garis-garis yang selari dan jika horizontal adalah selari kepada horizon, garis itu adalah tidak mungkin melengkung secara definisinya.

Horizontal adalah sinonim dengan level atau datar, rata, satah, sekata dan licin (smooth).


Vertikal adalah garis lurus atas-bawah. Manakala lengkungan pula memberi makna garis atau rangka yang menyimpang secara bertambah dari menjadi lurus untuk sebahagian atau seluruh panjangnya.


Kaki langit atau ufuk juga dipanggil horizon.
Dalam definisi horizon tiada istilah melengkung dan permukaan bumi adalah sentiasa rata.


Sila perhatikan kiri-kanan dan semasa naik tinggi di udara juga dapat dilihat perkara yang sama.


Bukti bumi rata adalah mudah untuk diamati seperti horizon yang sentiasa rata atas air dan kesemua air adalah level kecuali titisan air yang melengkung disebabkan faktor tertentu.


Ini menandakan yang bumi adalah rata, jika begitu, garis horizon pastu akan membengkok.


Kita boleh membuktikan horizon-laut itu lurus dengan sempurna dan keseluruhan bumi rata sempurna dengan menggunakan peralatan mudah. Sebagai penentu kerataan gunakan salur paip (plumb-line), papan kayu dan tripod untuk meninggikan salur paip.

Pada sebarang altitud di atas paras laut, aturkan papan yang sekata, rata di setiap sisi (bersudut tegak dengan plumb line yang diketatkan talinya antara kaki tripod) dan perhatikan garis langit dari paras mata di belakangnya.


Horizon yang jauh disana akan sentiasa bersejajaran secara sempurnanya selari dengan bahagian sisi atas, B-B papan itu. Jika anda bergerak dari satu hujung papan ke hujung lain B-B dalam separa bulatan sementara memerhatikan garis langit atas bahagian sisi, anda boleh menjejak dengan jelas sama paras kerataan sejauh 10 - 20 miles (16 - 32 km) bergantung kepada altitud anda.

Perkara ini mustahil jika bumi berbentuk glob atau sfera dan pastinya jika begitu, maka permukaan air akan jadi melengkung atau convex. Jika bumi sebuah glob berlilitan 25 000 miles (40 000 km), horizon akan bersejajaran atas tengah papan dan beransur-ansur dapat diperhatikan menurun ke hujung yang bertentangan. Dengan jarak hanya 10 miles (16 km) setiap satu sebelah sudah memadai untuk menampakkan lengkungan 66.6 kaki (20 m) dari setiap hujung ke tengahnya.


Baca artikel berkaitan
Garis Ufuk (Horizon)

Thursday, June 6, 2019

Penjelasan Mengapa Berlaku Perbezaan Penetapan 1 Syawwal 1440H




Arab Saudi Raya Sehari Lebih Awal Berbanding Malaysia.


Fenomena ini boleh berlaku kerana garis longitud kita tidak sama untuk setiap tempat.

Peredaran Matahari atau pun bulan pada asasnya sama iaitu bermula di timur dan berakhir di barat pada halaju berbeza. Secara lebih tepat lagi peredaran matahari bermula di lautan pasifik beredar ke asia, arab, afrika, eropah, amerika dan kembali ke lautan pasifik. Begitulah kitaran peredaran sejak lebih 2000 tahun dahulu.

Halaju Matahari ialah 1,666.67km/ jam.
dan halaju bulan ialah 1600.00km/ jam.

Bulan disifatkan:

1. Altitud bulan naik dan turun secara beransur-ansur.
2. Halaju bulan lebih perlahan berbanding Matahari.
3. Kitaran lengkap setahun Bulan adalah 355 hari berbanding Matahari adalah 365 hari.
4. Peredaran bulan sepanjang bulan ialah dari umur bulan dari 1 hingga 15 hari, altitud bulan semakin menaik secara beransur-ansur disamping beredar pada gari samada garis sartan, khatulistiwa ataupun jadi dan dalam masa yang sama bulan juga semakin menaik altitudnya.
5. selepas itu, umur bulan dari 16 hingga 29 hari, altitud bulan semakin menurun secara beransur-ansur.
6. terbenamnya matahari dan bulan (objek samawi) adalah disebabkan jarak yang jauh dari pemerhati iaitu 9000km.

Penampakan hilal di atas ufuk adalah selepas melalui benua Hindi.

Ketika matahari terbenam pemerhatian dari asia tenggara dan dalam masa yang sama ketika istiwa berlaku di afrika tengah, namun ketika itu altitud bulan di atas ufuk ialah 2.5°.

Maka sela masa di lokasi awal peredaran (separuh yang awal kawasan timur) dua objek samawi ini (matahari dan bulan) memungkinkan kebarangkalian anak bulan (hilal) tidak dapat dilihat ketika pencerapan dari asia tenggara pada 3 jun 2019 kerana sangat hampir dengan ufuk (2.5°).

Selepas beberapa jam peredaran matahari dan bulan baharulah anak bulan kelihatan kerana peredaran bulan yang lebih perlahan berbanding matahari dan bulan menjauhi matahari memungkinkan hilal dapat dilihat sejurus matahari terbenam di ufuk barat.

Maka ketika matahari terbenam, di kawasan permulaan timur (asia tenggara) tidak kelihatan anak bulan (hilal) dan selepas beberapa jam baharulah anak bulan kelihatan jika pemerhati berada di kebanyakan tempat selepas kawasan di arab, afrika, eropah dan amerika seterusnya kerana pemerhati dapat melihat anak bulan berada lebih tinggi dari ufuk berbanding di kawasan permulaan timur seperti asia tenggara, australia, china dan jepun.

Peta ketinggian hilal (anak Bulan) pada
3 Jun 2019.

Berikut adalah gambarajah dari Globe Earth. Untuk versi Flat Earth perlu buat lakaran atas kertas sahaja. Lihat berapa darjah di bawah ufuk. rujuk nilai, -1.0, -0.5, 0. Selepas benua India baharulah dapat cerap hilal di atas ufuk. Sebelum ini terbenam di bawah ufuk. Ini menunjukkan bukti bulan dengan sifat nombor 1 dan 2 disebutkan di atas, iaitu:

1. Altitud bulan naik dan turun secara beransur-ansur.
2. Halaju bulan lebih perlahan berbanding Matahari.

Dalam FE lebih mudah untuk menjelaskan fenomena ini. Ini kerana, mengikut model geosentrik, yang bergerak hanyalah Bulan dan Matahari. Buktinya, pakar dari ilmu falak Malaysia menjelaskannya menggunakan model geosentrik ini, iaitu Bumi sebagai pusat alam semesta dan objek-objek samawi yang lain lah seperti Matahari, Bulan, Bintang dan Planet.

Pihak kami faham bahawa akan ada segelintir dari GE yang akan memandang rendah kepada kami disebabkan beberapa perkara kami meminjam kemudahan dari GE seperti aplikasi dan data-data. Namun, kami tidak menghiraukan perkara itu kerana jika GE merasakan mereka dipihak yang benar mengapa mahu ragukan data yang kami dan ilmu falak Malaysia ambil dari GE tetapi dihuraikan mengikut teori model Geosentrik?

Teori heliosentrik cuma bernasib baik disebabkan ada sebuah entiti yang mendukung dan mempromosi secara besar-besaran untuk menjayakan agenda rahsia mereka sehingga teori GE ini sudah bertapak lama dan stabil (establish). Sudah bertahun-tahun mungkin berpuluh malah beratus tahun diajarkan di universiti-universiti serta banyak ditulis dalam jurnal pelbagai genre dan medium.

3 Jun 2019 atau 29 Ramadan 1440 (Isnin) merupakan hari cerapan hilal atau anak bulan Syawal.

Berpandukan data kenampakan hilal, jangkaan kedudukan Bulan dan Matahari semasa waktu cerapan hilal Syawal dilakukan di Pontian Kechil, Johor pada 3 Jun 2019.

Ijtimak Bulan dan Matahari iaitu ketika Bulan berada dalam fasa Bulan baru berlaku pada 06:02 PM, 03 Jun 2019 (waktu Malaysia). Usia Bulan ketika cerapan sekitar 1 jam lebih.

Hasil hisab falak menunjukkan keadaan hilal tidak memenuhi kriteria kenampakan hilal dan mustahil kelihatan pada hari cerapan.

Jadi, Ramadan 1440 akan digenapkan menjadi  30 hari.

Bulan Syawal akan bermula ketika masuknya waktu Maghrib 04 Jun 2019.

Kenyataan ini hanyalah berpandukan hasil hisab falak.

Kenyataan rasmi diumumkan oleh penyimpan mohor besar Raja-Raja pada 03 Jun 2019.

Tuesday, May 21, 2019

Tarawih Tanpa Malam Di Artik, Norway


Tarawih Tanpa Malam Di Artik, Norway.


1. Arctic, Norway Imam Dr. Waleed Hakeem explains how they fast during Ramadhan 1440H / May 2019 where the sun does not set at all.

2. Fenomena midnight sun (matahari pada waktu malam).

3. Di sini kami nukilkan penerangan berkaitan bagaimana Matahari tidak terbenam di kawasan utara dan dalam tulisan ini merujuk kepada video di Norway pada bulan Mei 2019. Huraian kami adalah berdasarkan model Bumi Datar / Hamparan / Flat Earth.

4. Apa yang menyebabkan matahari pada model bumi datar terbenam? Kami ada menerangkan sedikit sebanyak berkenaan  beberapa faktor fenomena matahari dan objek samawi terbit dan terbenam. Baca sini.

Objek samawi terbit dan terbenam.

Mengapa CN Tower Toronto berselindung di sebalik air Tasik Ontario?

5. Solat sunat Tarawih adalah tanda bahawa sedang berlangsung bulan Ramadhan yang diberkati dan Imam bahru sahaja selesai menunaikan solat tarawih dan solat tarawih dilaksanakan pada waktu malam selepas solat isyak. Dan penduduk bukan Islam yang lain sedang berehat di rumah masing-masing kerana seharian mereka sibuk bekerja.

6. Umat Islam di Norway pada ketika ini berpuasa lebih 20 jam siangnya dan hanya menghadapi malam selama sekitar 4 jam. Namun, Imam menyatakan cuaca masih lagi sejuk dan sukar untuk mereka merasa haus.

7. Imam ada nyatakan ada beberapa fatwa puasa berkaitan masa berpuasa di sana dan mereka ikut masa mekah.


8. Perkara ini amat menarik dan menunjukkan kebesaran Allah s.w.t sang pencipta alam yang maha sempurna. Setiap fenomena yang berlaku menunjukkan kehebatan Tuhan. Sempena di bulan Ramadhan, bulan diturunkan al-Quran dan kitab-kitab wahyu yang lain juga pada bulan ini. Jika Allah menentukan keadaan siang dan malam sebagai tanda kebesaran-Nya maka jika akal kita terfikir sesuatu yang berkaitan kejadian siang dan malam sebenarnya Allah sudah pun menjadikannya sama ada kita mencarinya dan jumpa atau belum jumpa. Sebagai contoh, siang malam di negara-negara berhampiran garis khatulistiwa puratanya menerima kadar siang dan malam yang seimbang. Maka akal kita pun berfikir, adakah boleh Tuhan jadikan siang terus menerus dan malamnya juga terus menerus di permukaan bumi ini? Jawapannya ya. Tuhan yang Maha Berkuasa boleh sahaja menjadikan perkara ini. Di sinilah berlakunya fenomena tersebut.

9. Mengikut teori sains moden. Fenomena kejadian siang dan malam dalam masa 24 jam berlaku adalah kerana putaran bumi pada paksinya padahal ia bertentangan dengan konsep kitab wahyu.

10. Mengikut teori sains moden. Putaran bumi pada paksinya dengan kecondongannya 23.5° dan peredaran bumi mengelilingi matahari sepanjang tahun menyebabkan kejadian siang dan malam berbeza-beza kadarnya pada kedudukan bumi samada di utara, garis artik, sartan, khatulistiwa, jadi dan juga antartika. Peredaran bumi mengelilingi matahari sepanjang tahun dan kecondongan itu menyebabkan fenomena perubahan kejadian 4 musim dan juga perubahan kadar siang dan malam.

11. Fenomena ini juga boleh dihuraikan dan dibuktikan dalam model bumi datar. Kami akan bentangkan dalam artikel yang lain untuk menerangkan perkara ini mengikut model bumi datar. Ianya bukan khayalan melainkan pembuktian kukuh pada fenomena ini. InsyaAllah. Tiada tujuan lain melainkan mencari kebenaran meluruskan sains fenomena alam ini mengikut wahyu Tuhan.

12. Sesuai dengan itu dinamakan teori Geocentris, iaitu teori yang mengatakan bahawa Matahari lah yang mengelilingi Bumi. Dalilnya adalah penafsiran beberapa ayat Al-Quran yang mendukung teori Geocentris ini.

13. Kami memilih teori Geosentris sebagai model penerangan bumi datar dan kebanyakan di seluruh dunia teori Heliosentris yang mendominasi sains moden kini.


14. Apa yang kita diberitahu oleh Imam. Dalam kedudukan Imam itu membelakangkan matahari, kanan beliau ialah timur, dan kiri beliau adalah barat. Pada awal video itu Imam tunjuk ke arah barat, Matahari di utara, sebelah kanan adalah timur dan Imam sendiri menghadap ke arah selatan.


15. Apa Dr Waleed Hakim beritahu kita dalam video itu, sebenarnya berlawanan arah disebabkan fungsi kamera telefon itu. Dalam video berkenaan ada fungsi mirror yang digunakan (on) di smartphone Imam menyebabkan gambar / video yang dirakam adalah terbalik.

16. Sebenarnya, jika dipadamkan (off) fungsi mirror pada smartphone Imam, matahari semakin ke arah timur tetapi kedudukan sebenar matahari adalah pada arah utara. Arah timur itu adalah arah kiri Imam dan arah barat adalah kanan Imam. Imam ada nyatakan kebiasaannya matahari terbenam pada arah barat. tetapi sekarang berada pada arah utara dan semakin ke timur (ke arah kiri imam pada kedudukan dalam gambar ni).


17. Arah matahari itu semakin terlindung ke arah di sebalik gunung. Dan matahari semakin ke arah timur (dari arah utara). Arah matahari semakin terlindung oleh gunung adalah ke arah timur.

18. Berikut adalah lakaran kami berkenaan fenomena yang diterangkan oleh Imam dan lakaran ini merujuk kepada model bumi datar.


Tuesday, April 16, 2019

Mengapa Warna Matahari, Bulan Dan Langit Berubah? Siri 1



Mengapa Warna Matahari, Bulan dan Langit Berubah? Siri 1.

Dalam artikel kali ini kami akan merungkaikan beberapa persoalan antaranya ialah mengapa dalam konsep Globe Earth mengikut teori sains moden kini berkaitan perubahan warna Matahari, Bulan dan Langit adalah tidak logik dan tidak boleh dibuktikan secara prototaip mahupun secara teori sains fenomena. Kami bahagikan kepada beberapa siri supaya dapat fokus kepada apa yang dibincangkan. Dimulai dengan perbincangan teori sains moden dan kritikan terhadapnya.

Apa huraian teori sains moden kini terhadap fenomena ini?

1. Fenomena yang sama diperhatikan oleh semua.

Ketika kita melihat Matahari dan Bulan dari bumi, warnanya bergantung di mana posisi bulan itu. Ketika bulan baru muncul sedikit di atas garisan ufuk, ia berwarna merah. Ketika bulan semakin naik, warnanya berubah secara beransur-ansur menjadi jingga, kuning, kemudian semakin pudar menjadi putih. Ketika bulan telah sampai pada puncaknya, tepat di atas kepala kita, warnanya mendekati warna asalnya, putih dengan corak kawah bulan. Untuk matahari pula. Ketika terbit dan tenggelam, ia berubah secara perlahan-lahan berwarna merah, jingga, kuning dan ketika di atas kepala, warnanya menjadi putih kebiruan.

Warna cahaya matahari ketika berada hampir kepada pemerhati pada waktu tengah hari.
Warna cahaya matahari ketika berada jauh kepada pemerhati pada waktu petang.
Warna cahaya matahari ketika berada jauh kepada pemerhati pada waktu hampir terbenam matahari.

2. Warna asal matahari dan bulan.

Matahari dan Bulan memiliki warna yang tetap. Tidak berubah-ubah warna seperti yang kita lihat dari bumi. 

3. Konsep cahaya matahari dan sinar bulan.

Cahaya yang dihasilkan matahari itu berwarna putih. Begitu juga sinar bulan yang hanya memantulkan cahaya matahari. Warna itu akan berubah ketika cahaya bulan atau matahari menembusi atmosfera bumi. Cahaya yang melalui udara berubah dalam perjalanannya sebelum sampai di mata kita. 

4. Konsep cahaya putih yang dilihat.

Seperti yang kita ketahui, cahaya putih terdiri daripada spektrum warna pelangi. Sinar matahari yang asal warnanya putih merambat melalui ruang angkasa lepas vakum dengan halaju 300,000 km/saat. Ketika masuk ke ruang atmosfera bumi, sebahagian cahaya merambat dengan baik dan tiba di bumi dengan warna putih. Matahari yang dapat kita lihat dengan warna mendekati warna asalnya ketika berada tepat di atas kepala kita. Ketika itu, cahaya matahari merambat melalui sedikit atmosfera, bermakna cahaya merambat melalui hanya sedikit molekul-molekul udara. Akibatnya, hanya sedikit cahaya yang terurai atau diserakkan dan sebagian besar dapat dilihat oleh mata kita.


5. Konsep cahaya selain putih dilihat.

Tetapi, ketika matahari begitu hampir dengan garisan ufuk, warnanya berubah. Saat itu, cahayanya perlu merambat melalui lapisan tebal udara yang hampir dengan tanah.  Pertembungan dengan molekul udara yang lebih banyak dari biasanya. Ditambah debu dan pencemaran udara yang menambah partikel cahaya yang diuraikan atau diserakkan. Udara di bumi terdiri daripada molekul-molekul gas, sebagian dari cahaya berlanggar dengan molekul-molekul ini dalam perjalanannya sampai ke permukaan bumi. Nitrogen, oksigen, dan gas lain yang berada di udara, di tambah partikel-partikel kecil seperti debu, asap, dan pencemaran udara lain, telah menjadikan cahaya bulan dan matahari berwarna merah yang tiba di mata kita.  Dan pada ketika itulah, cahaya matahari terurai atau diserakkan. Pada saat tiba di mata kita, yang tinggal hanya warna merah. Sehingga kita seolah melihat matahari sebagai bola api raksasa ketika terbit dan tenggelam. Cahaya biru yang paling banyak terurai atau terserak dari warna asalnya iaitu cahaya putih. Jadi, pada saat cahaya matahari mencapai mata kita, warna yang tertinggal adalah warna-warna panas. Ini lah yang menjadikan matahari berwarna merah  jingga dan kuning.


7. Konsep yang sama terhadap bulan.

Perkara yang sama juga terjadi pada bulan. Ketika bulan dekat dengan garisan ufuk, kita dapat lihat bulan berwarna merah cerah di kaki langit. Dan ketika bulan semakin tinggi, warnanya berubah kepada jingga, kuning, kemudian semakin cerah dan putih keabu-abuan.


8. Udara kotor menyebabkan perubahan cahaya.

Semakin kotor udara di sekitar kita, semakin spektakular lah (menyerlah/ menarik perhatian) warna bulan dan matahari yang boleh kita lihat. Mungkin itulah salah satu keuntungan tinggal di kota besar.






======================

Komen terhadap teori sains moden kini terhadap perubahan warna matahari dan bulan berbanding posisinya.

1. Berkaitan perubahan warna matahari dan bulan tiada masalah kerana ia menyatakan tentang fenomena yang semua orang dapat perhatikan perkara yang sama.

2. Warna yang tetap iaitu warna putih adalah asas kepada cahaya dan boleh diserakkan kepada spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi.

3. Cahaya putih dan pantulannya kepada bulan tiada masalah. Yang bermasalah ialah perubahan warna cahaya tatkala melalui ketumpatan udara daripada keadaan vakum kepada atmosfera bumi yang dipenuhi dengan udara dan debu-debu. Perkara ini tidak logik sama sekali apabila dikaitkan dengan perubahan warna putih diurai/ diserakkan kepada spektrum cahaya. 

4. Ini kerana, spektrum cahaya yang diserakkan daripada warna putih perlu diperincikan dengan frekuensi dan panjang gelombang menyebabkan cahaya tampak dengan warna berbeza-beza. Jika dilihat kepada laluan cahaya dengan nisbah jarak yang tidak masuk akal menyebabkan teori berkaitan warna cahaya menjadi rosak atau tidak relevan terhadap teori spektrum cahaya sebenar.

5. Penyerakan warna putih kepada spektrum warna tidak dapat diperincikan hanya dengan menyatakan halaju 300,000 km/saat cahaya putih yang merambat melalui ruang angkasa lepas yang berkeadaan vakum yang memasuki ruang atmosfera bumi, merambat melalui ketumpatan berbeza tidak sesuai dan salah sama sekali untuk digunakan dalam menerangkan berkaitan penyerakan cahaya menjadi spektrum warna. Ini kerana ia melibatkan teori gelombang cahaya yang berkait rapat dengan panjang gelombang dan frekuensi gelombang yang mana mesti mengambil kira jaraknya antara cahaya yang terhasil.

6. Masalah dalam menentukan jarak di mana  perubahan cahaya itu berlaku tidak dapat ditentukan dengan jelas. Ketika perubahan cahaya matahari dan bulan dari warna merah kepada warna putih tidak dapat dibuktikan secara kira-kira matematik. Berapa jarak antara beza dua cahaya itu diperlukan supaya panjang gelombang dan frekuensinya selari adalah salah sama sekali.

7. Sebagi pengiraan mudah, berapa jarak antara pemerhati yang sedang memerhatikan matahari terbit atau terbenam dengan pemerhati  di lokasi yang sedang berlaku istiwa, yang mana pada masa yang sama mereka di kawasan sedang mengalami istiwa memerhatikan matahari berwarna putih? Jarak inilah yang menjadi persoalan terhadap adakah nisbah jarak prototaip penghasilan spektrum cahaya pelangi dengan teori serakan cahaya daripada sains moden, adakah ia selari atau tidak?

8. Pertembungan dengan molekul udara yang lebih banyak dari biasanya ditambah debu dan pencemaran udara yang menambah partikel cahaya yang diuraikan atau diserakkan tidak menyebabkan cahaya dapat diserakkan melainkan hanya menambah batas cahaya matahari dapat dilihat. Pada saat tiba di mata kita, yang tinggal hanya warna merah bermakna cahaya berwarna biru sudah diserakkan atau sudah dihalang dari menembusi molekul udara tebal lalu hanya cahaya merah sahaja dapat menembusi?

9. Sebagaimana kita tahu, jika udara tebal samada ada awan atau kabus tebal hanya akan menyebabkan keseluruhan cahaya matahari terhalang. Jika diandaikan molekul udara tebal atau awan serta kabus tebal dilihat menyerakkan cahaya, maka kenapa ketika matahari masih samar-samar kelihatan ketika istiwa dan ada awan melindungi matahari kenapa tidak bertukar menjadi warna merah? Bukankah cahaya biru yang paling banyak terurai atau terserak dari warna asalnya iaitu cahaya putih dan hanya membenarkan cahaya merah sahaja menembusinya?

10. Perkara yang sama juga boleh terjadi pada bulan jika dan hanya konsep tentang perubahan matahari itu benar.

11. Perkara ini salah dan tidak benar sama sekali kerana jika memerhatikan matahari terbit dan terbenam di kawasan tiada pencemaran pun kita masih dapat lihat fenomena yang sama iaitu perubahan warna cahaya yang sama. Tidak ada kaitan pun semakin kotor udara di sekitar kita, semakin menarik perhatian lah warna bulan dan matahari yang boleh kita lihat. 


=================

Kami menantikan komen balas dari pihak Globe Earth dalam perkara ini.

Pastikan anda tidak terlepas membaca artikel siri kedua berkaitan perubahan warna cahaya matahari, bulan dan langit. Subscribe dengan email di ruangan sebelah ini. 

Thursday, April 4, 2019

Mengapa Bangunan Tinggi Di Tepi Laut Atau Tasik Kelihatan Terhalang Sebahagian

Mengapa Bangunan Tinggi Di Tepi Laut Atau Tasik Kelihatan Terhalang Sebahagian.

1. Manusia melihat objek samawi terbit dan terbenam.

Sebelum ini kita sudah membincangkan kaitan ciri objek daratan dengan batas ketinggian manusia melihat objek samawi (langit) terbit dan terbenam. Objek daratan adalah kecil dan lebih rendah manakala objek samawi besar dan adalah lebih tinggi. Sila baca artikelnya di sini.

Terhalangnya objek samawi adalah logik kerana objek di daratan yang lebih rendah dan kecil lebih awal masuk ke titik lenyap (vanishing point) menjadi garis ufuk berbanding objek samawi yang lebih tinggi dan besar yang tidak memasuki vanishing point nya lalu terhalang oleh garis ufuk kerana batas ketinggian pemerhati.

2. Persoalan kepada teori bumi datar.

Namun, isu kali ini ialah kelihatan objek di daratan juga terbenam atau dengan kata lain ia terhalang oleh air laut atau pun tasik. Bagaimana fenomena ini boleh berlaku sedangkan bumi ini datar? Jika faktor penghalang untuk objek samawi adalah logik, maka bagaimana pula dengan objek di daratan seperti bangunan juga kelihatan terbenam? Adakah ia disebabkan lengkungan bumi (curvature of earth)?

3. Objek tinggi di daratan juga terhalang / kelihatan terbenam seperti objek samawi.

Bangunan yang lebih tinggi kelihatan terhalang oleh air laut sebenarnya mempunyai konsep yang sama iaitu objek yang lebih rendah masuk ke titik lenyapnya menjadi garis ufuk lalu terhalang oleh garis ufuk kerana batas ketinggian pemerhati.

4. Konsep sama, tetapi sedikit perbezaan.

Namun, konsep bagaimana bangunan yang terhalang itu sedikit berbeza dengan konsep objek samawi terbit terbenam. Konsep yang sama terhalang oleh batas ketinggian pemerhati, namun bezanya ialah objek darat dapat dilihat kembali dengan naik lebih tinggi hingga ke tahap tertentu. Pemerhati boleh melihat semula hanya dengan melihat dari ketinggian kapal terbang sekitar 10km relatif kepada jarak tertentu. Bezanya ialah dengan naik pada ketinggian tertentu bangunan yang terhalang itu boleh dilihat kembali.

5. Data dari sempadan USA-Kanada.

Dalam perbincangan yang lalu, saya ada buat artikel penerangan mengapa 184 meter menara CN di Toronto, Kanada berselindung di sebalik air Tasik Ontario? Sila baca artikelnya di sini.

Tinggi sebenar menara CN itu ialah 553.33m.
Bahagian terhalang setinggi 184m.
Gambar diambil dari Olcott, USA.
Jarak pemerhati kepada bangunan menara CN ialah 62 km. 

6. Formula mengira lengkungan bumi yang menghalang penglihatan.

Berikut adalah formula mengira lengkungan bumi. Anda boleh copy paste formula ini dan mula mengira dalam excel atau google sheets.

=6373-(6373*(cos(asin(A3/6373))))

Nilai A3 boleh letakkan jarak dalam kilometer.
Nilai 6373 ialah jejari bumi.

Dengan memasukkan nilai A3 iaitu 62 km, maka lengkungan bumi akan dapat nilai 301.5 meter.

Oleh itu, dengan menggunakan teori bumi sfera, lengkungan bumi yang akan menghalang penglihatan akan jatuh setinggi 301.5 meter.

Dengan menggunakan segitiga bersudut tegak, maka boleh dikira sudut bahagian bangunan terhalang. 

tan θ = (301.5 ÷ 62000) meter
θ = tan ^-1 (0.00486290323)
θ = 0.27862164°

7. Mengira lengkungan bumi.

Kita boleh mencari di carian google dengan kata kunci "curvature calculator" ataupun boleh ke link ini untuk semakan lebih cepat.


Kira-kira dari teori bumi sfera.
Jarak: 62 km

Jarak --> Lengkungan bumi

1 km --> 0.08 meters
2 km --> 0.31 meters
5 km --> 1.96 meters
10 km --> 7.85 meters
20 km --> 31.39 meters
50 km --> 196.20 meters
100 km --> 784.79 meters
200 km --> 3138.97 meters
500 km --> 19610.09 meters
1000 km --> 78319.62 meters

Jika 50 km jarak akan jadi lengkungan bumi ialah 196.20 m. 
Untuk jarak 62 km pengiraannya begini.

x = (62km x 196.2m) ÷ 50km = 0.00632008154
= 243.2m.

Oleh itu, dengan menggunakan teori bumi sfera, lengkungan bumi yang akan menghalang penglihatan akan jatuh setinggi 243.2 meter.

8. Dengan menggunakan segitiga bersudut tegak, maka boleh dikira sudut bahagian bangunan terhalang. 

tan θ = (243.2 ÷ 62000) meter
θ = tan ^-1 (0.00392258065)
θ = 0.22474616°

9. Perbezaan.

Daripada dua pengiraan ini terdapat perbezaan nilai. Nilai pertama dengan jarak 62km menggunakan formula bumi sfera ialah 301.5 meter. Manakala apabila menggunakan aplikasi online di laman web earth curvature dot com akan dapat nilai 243.2 meter. 

Beza = 301.5 m - 243.2 m = 58.3 meter.

Terdapat perbezaan dalam nilai ini, saya tidak pasti kenapa ada perbezaan ini. Jika anda tahu, boleh maklum pada saya.

Manakala perbezaan sudut dalam teori bumi sfera ialah 0.27862164° tolak nilai 0.22474616° akan dapat beza 0.05387548°.

10. Pengiraan dalam teori bumi datar.

Dengan data yang sama, adakah konsep bumi datar ini boleh menerangkan fenomena ini secara nombor?

Kira-kira dari teori bumi datar. Data yang digunakan ialah dari pemerhatian dari USA ke Kanada pada jarak 62km. 

Dengan menggunakan segitiga bersudut tegak, maka boleh dikira sudut bahagian bangunan terhalang. 

tan θ = (184 ÷ 62000) meter
θ = tan ^-1 (0.00296774194)
θ = 0.17003859°

11. Perbandingan pengiraan teori bumi sfera vs datar.

Daripada dua pengiraan teori ini, terdapat perbezaan bacaan antara pengiraan dua formula daripada teori bumi sfera dan satu pengiraan teori bumi datar 

12. Mengesahkan dengan ujikaji.

Berikut adalah dua ujikaji batas penglihatan yang telah dijalankan. Objek yang digunakan tutup bekas kuih (warna merah, mudah dikesan oleh penglihatan) dalam jarak dekat. Lantai beralun, namun ia masih datar apabila berjalan melaluinya. Tidak berbukit atau mendaki apabila melaluinya. Jauh sekali merasa seperti berjalan di atas bola yang sfera. Lantai beralun adalah diumpamakan sama seperti permukaan bumi yang penuh dengan objek-objek daratan dan topografinya seperti bukit bukau, gunung ganang, pokok, bangunan dan sebagainya.

Walaupun bekas tutup merah itu berada di atas lantai, ia adalah perlu hanya untuk tujuan membuktikan samada objek itu terhalang ataupun tidak. Jika bekas penutup merah itu digantung untuk samakan dengan objek samawi, maka satu lantai datar yang lebih panjang diperlukan. Oleh itu, sama ada bekas penutup merah itu digantung atau berada di atas lantai bukan lah faktor yang akan mengganggu ujikaji ini.

13. Ujikaji batas penglihatan #1.

Objek yang digunakan tutup bekas tabung surau (warna merah, mudah dikesan oleh penglihatan) dalam jarak dekat.

Jarak: +- 3 kaki hingga +- 30kaki
tinggi kamera: +- 2 inci












14. Keputusan.

Perhatikan betul-betul. Hasil menunjukkan bahagian bawah penutup merah sudah terhalang oleh bahagian lantai/ karpet surau. 

15. Ujikaji batas penglihatan #2.

Jarak: +- 3 kaki hingga 60 kaki
tinggi kamera: +- 1 inci (lebih rendah dari sebelum ini).












16. Keputusan.

Perhatikan betul-betul. Hasil menunjukkan bahagian bawah penutup merah mula terhalang oleh bahagian lantai apabila semakin menjauh. Akhirnya sehingga jarak +-60 kaki penutup bekas merah sudah tidak kelihatan lagi (terbenam).

17. Persoalannya adakah semasa proses membuat lantai, adakah curvature diambil kira?

18. Pengiraan sudut bahagian terhalang.

Pengiraan pertama menggunakan formula bumi sfera untuk jarak 62 km = 0.27862164°

Pengiraan kedua menggunakan aplikasi online untuk jarak 62 km = 0.22474616°

Pengiraan ketiga hasil data dari USA-Kanada untuk jarak 62km untuk konsep bumi datar = 0.17003859°

Pengiraan keempat ujikaji #1 untuk jarak 30 kaki, 26% tutup merah terpotong, karpet:

Jarak 30 kaki = 914.4 cm
Bahagian terbenam = 2.83 cm
tan θ = (2.83 ÷ 914.4) cm
θ = tan ^-1 (0.00309492563)
= 0.17732561°

Pengiraan kelima ujikaji #2 untuk jarak 60 kaki, 100% tutup merah terpotong, lantai beralun = 

Jarak 30 kaki = 914.4 cm
Bahagian terbenam = 2.83 cm
tan θ = (10.7 ÷ 1828.8) cm
θ = tan ^-1 (0.00585083115)
= 0.33522411°

19. Selaraskan peratus bahagian terbenam.

Untuk membandingkan sudut bahagian terbenam, kita perlu selaraskan pada 33 % daripada bahagian terbenam untuk bangunan menara CN.

Tinggi menara CN = 553.33 m
Bahagian terbenam = 184 m
Peratus bahagian terbenam = (184 ÷ 553.33) meter x 100% = 33 %.

Oleh itu, sudut bahagian terpotong mengikut pengiraan ialah,

Pengiraan pertama menggunakan formula bumi sfera untuk jarak 62 km = 0.27862164°

Pengiraan kedua menggunakan aplikasi online untuk jarak 62 km = 0.22474616°.

Pengiraan ketiga hasil data dari USA-Kanada untuk jarak 62 km untuk konsep bumi datar = 0.17003859°.

Pengiraan keempat ujikaji #1 untuk jarak 30 kaki, 26% tutup merah terpotong, karpet:
0.17732561°. Maka, untuk 33% ialah 
0.225067121°.

Pengiraan kelima ujikaji #2 untuk jarak 60 kaki, 100% tutup merah terpotong, lantai beralun = 
0.33522411°. Maka, untuk 33% ialah
0.110623956°.

20. Ralat.

Batas ketinggian manusia jika nak dibandingkan dengan ketinggian lensa kamera setinggi 2 inchi atau 1 inchi berkemungkinan memberi bacaan yang berbeza. Namun, jika kedua-dua bacaan ini dijadikan purata, maka nilainya ialah seperti ini 0.225067121° tambah 0.110623956° = 0.335691077° kemudian bahagi 2 = 0.167845539° menghampiri nilai bacaan sebenar bahagian menara CN yang terbenam iaitu 0.17003859°.

21. Kesimpulannya.

Memang ada penghalang bahagian yang terlindung. Tetapi bukan disebabkan curvature of earth. Ia disebabkan batas penglihatan disebabkan beberapa faktor. Sila baca artikelnya di sini.

Anda boleh lakukan ujikaji yang sama dan share hasilnya di ruangan komen, namun pastikan permukaan lantai adalah beralun dan bukannya absolute flat.

22. Bukti nyata.

Sekarang kita sudah mengetahui akan wujudnya batas penglihatan manusia disebabkan ketinggian. Seterusnya membuktikan bagaimana bangunan tinggi di tepi laut atau tasik terhalang sebahagian. Ibaratnya, seperti seekor semut yang kecil berada di atas dataran gelanggang yang luas.