.

Saturday, October 19, 2019

Peta Bumi Datar Yang Didakwa Peta Bumi datar sebenarnya... Ini Pandangan Kami

Peta Bumi Datar Yang Didakwa Peta Bumi datar sebenarnya... Ini Pandangan Kami.


Pada waktu berlaku peristiwa istiwa azam iaitu ketika Matahari berada tepat di atas kaabah yang berlaku pada tarikh 28 Mei setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang dan 16 Julai setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang. Tidak dinafikan, arah kiblat yang tepat jika menghadap arah Kaabah telah disahkan tepat oleh jabatan-jabatan mufti, maka semua bayang kelihatan selari dengan mozek pada lantai dan dinding-dinding atau tiang masjid. Sehubungan dengan itu, negara-negara yang mengalami keadaan siang pada waktu itu boleh mencerap arah kiblat masing-masing.

Sebagai lanjutan daripada peristiwa ini, maka ramai pendukung teori Globe Earth (GE) yang mengaitkan ukuran kiblat pada peta yang didakwa kononnya adalah  peta bumi datar tidak menunjukkan bukti peta bumi datar adalah tepat. Sebagai rujukan ia adalah peta yang direka oleh Alexander Gleason pada tahun 1892 yang dikenali sebagai Peta Gleason atau  peta unjuran azimuth jarak sama (azimuthal equidistant projection). Walau bagaimanapun, kami tidak bersetuju peta itu adalah peta bumi datar yang sebenar. Kami tegaskan di sini ia bukanlah peta bumi datar (Flat Earth Map) yang sebenar.

The extorsion of the map from that of a globe consist, mainly in the straightening out of the meridian lines allowing each to retain their original value from Greenwich, the equator to the two poles.
- US Patent No. 497,917
Maksudnya di sini, Peta Gleason sendiri adalah peta daripada unjuran model bentuk bumi sfera.

Peta Gleason adalah peta unjuran azimuthal yang mana jaraknya adalah sama dengan azimuth (azimuthal equidistant) yang menjadikan kutub utara sebagai arah utara.

Ibaratnya peta yang didakwa peta FE bumi datar bukanlah peta bumi datar yang sebenar kerana ianya tidak lain hanyalah peta globe atau peta bumi sfera berbentuk 3D yang dijadikan peta 2D. Peta Gleason ini sebenarnya ia juga adalah peta globe yang dilihat dari sisi pandangan atas.

Dalam peta unjuran azimuth ini, unjuran polar berguna dalam penentuan jarak yang benar peta melalui titik tengah berkadar terus di kutub utara dengan tempat-tempat lain dalam peta itu secara azimuth (arah) yang menunjukkan semua garis meridian (garis longitud) sebagai garis yang lurus dengan kutub utara.

Namun begitu, tidak dinafikan peta globe sudah diperkukuhkan (establish) dan sentiasa diberi penambahbaikkan dari segi data arah dan jarak yang lebih tepat.

Bersangkutan dengan hal ini, jika peta bumi globe yang direka dari bentuk asalnya ialah bumi sfera, diubah daripada bentuk 3D kepada 2D flat (datar) di atas kertas menjadi peta unjuran peta azimuthal, maka adalah tidak relevan lagi untuk mencari arah (kiblat) menggunakan kaedah segitiga trigonometri di atas peta globe ini. Maka, arahnya akan lari (tidak tepat!).

Ironinya, jika dibuat pencerapan dan pengiraan sebenar pada waktu istiwa azam semestinya arah azimuth yang kita dapat ialah 292 darjah. Seperti mana sudut azimuth kiblat Masjid besi Putrajaya adalah 292.64 darjah, diukur dalam peta Google Earth berasaskan konsep bumi sfera juga adalah sama. 

Maksudnya di sini, andai kata kita belum ada peta unjuran azimuthal ini, dan kita mencerap arah azimuth kiblat pada waktu istiwa azam berlaku. Dengan mengambil kira arah utara pada kompas, seterusnya mencerap pada arah kiblat iaitu 68 darjah, dan dikirakan azimuth arah kiblat iaitu 360° - 68° = 292° adalah arah sebenar kiblat dari Malaysia.

Disingkapkan kaedah asal pembikinan peta bumi sfera pada pandangan kami ialah ketika pencerapan kiblat dari Malaysia dilakukan adalah 292 darjah, kemudian bumi yang datar diubah kepada sebuah globe (sfera), maka formula untuk mencari arah kiblat berdasarkan globe tidak lari daripada menggunakan formula haversine iaitu formula segitiga sfera dengan jejari sfera bumi ialah 6371 kilometer. Formula ini telah direka khas berdasarkan data pencerapan sebenar dari bumi yang datar lalu diubah menjadi model bumi sfera seterusnya ditambah baik dengan arah yang dicerap dari masa ke masa. Oleh hal yang demikian, arah sebenar kiblat dari Malaysia apabila diletakkan pada bumi globe sfera mestilah ditetapkan arahnya ialah 292° berdasarkan pencerapan dan mesti dihitung menggunakan formula haversine kerana bumi yang datar telah dijadikan sfera.

Titik koordinat yang diwakili oleh garis lintang  (latitud) dan garis bujur  (longitud) pada kedudukan adalah seperti berikut:



Garis bujur adalah garis yang bermula dari arah utara hingga selatan bumi. Garis bujur dikira bermula pada garis Greenwich. Garis bujur terdiri dari dua bahagian, iaitu bujur timur dan bujur barat. Manakala garis lintang adalah garis yang bermula dari arah barat menuju timur bumi. Seperti garis bujur, garis lintang terdiri dari dua bahagian, iaitu lintang utara dan lintang selatan. Garis lintang ini berada pada bahagian tengah sisi bumi dan dikenal dengan garis khatulistiwa atau equator. Titik koordinat yang ditetapkan pada peta globe iaitu garis lintang dan garis bujur maka untuk mengira jarak dan arah memerlukan formula khas yang dikenali sebagai formula haversine

Akhirnya, kami menegaskan bahawa adalah tidak relevan untuk mencari arah kiblat pada peta bumi sfera dari model bumi 3D yang dijadikan model bumi 2D yang disebut sebagai peta unjuran azimuthal ini tanpa menggunakan formula haversine. Ia pasti menunjukkan bacaan 312.5 darjah dan ia tertolak untuk menyatakan peta unjuran azimuthal dari globe sebagai peta bumi datar. Ibaratnya jauh panggang dari api bermakna mustahil sesuatu hal itu boleh (untuk) berlaku.

- Pengkaji Falak
Sabtu, 23 Safar 1441H
bersamaan 19 Oktober 2019




...