.

Sunday, March 24, 2019

Hari Objek Tanpa Bayang

1. Hari Objek Tanpa Bayang.

21 Mac 2019 merupakan hari ekuinoks Mac. Matahari berada di atas garis imaginasi khatulistiwa. Ketika terbit, Matahari berada tepat pada arah timur dan ketika terbenam, ia berada tepat pada arah barat. Ini adalah peluang untuk anda mencari di mana arah sebenar timur dan barat. Namun, disebabkan Malaysia bukanlah negara yang berada tepat pada garis khatulistiwa, adalah penting untuk kita mengetahui kedudukan di mana kita berada.

2. Fenomena yang boleh dilihat ialah fenomena hari tanpa bayang.

Antara cara mudah untuk kenal pasti hari tanpa bayang di tempat anda ialah ambil objek berbentuk silinder seperti tin susu atau botol dan lain-lain. Letakkan di bawah sinaran matahari beberapa minit sebelum masuk waktu zohor di kawasan anda.


Anda boleh rujuk takwim kalender waktu solat kawasan masing-masing. Atau buat carian di google search dengan kata kunci..... "takwim waktu solat malaysia". Atau lebih spesifik, letakkan nama bandar anda berada di mana.


3. Hari Tanpa Bayang Di Malaysia.

Pada  tarikh 21 Mac dan 21 September berlakunya fenomena matahari berada di atas garis khatulistiwa (equator). Di Malaysia bukan lah antara negara yang berada tepat di atas garis khatulistiwa. Malaysia berada antara 0.8° utara hingga  6.6° utara. Oleh itu, pada tarikh 21 Mac dan 21 September didapati, akan ada sedikit bayang-bayang kerana matahari yang menyinari tin susu dan botol itu berada pada berlainan latitud berbanding kawasan khatulistiwa dan Malaysia beberapa darjah ke utara dari garis itu bergantung dimana lokasi anda berada di Malaysia.

4. Bagaimana mengira bila matahari berada pada garis latitude lokasi anda?

Kaedah yang saya reka ialah kaedah mengira mengikut data paling minimal. Siapa sahaja boleh mencubanya. Walaupun tidak lah tepat, namun ia adalah kaedah sederhana dan cepat untuk menganggarkan tarikh berlakunya hari tanpa bayang.

Pengiraannya begini, katakan maksimum matahari akan berada di latitude berhampiran kawasan utara ialah pada bulan jun atau lebih tepat ialah 21 jun. Manakala matahari apabila berada di garis khatulistiwa ialah pada 21 mac. Peredaran matahari bermula 21 Mac hingga 21 jun ialah 3 bulan. Maka, julatnya ialah bermula dari garis khatulistiwa hingga garis sartan iaitu maksimum ke arah kawasan utara secara orbital melingkar di atas bumi yang datar.

Setelah mengetahui laluan matahari ialah 3 bulan iaitu bermula 21 Mac hingga 21 Jun dari garis khatulistiwa ke garis sartan. Maka kita dapat lihat untuk 3 bulan atau 90 hari. 

Maklumat yang diperlukan ialah garis sartan berada pada 23.5°. Oleh itu jika kita tahu koordinat di mana kedudukan kita dan dengan smartphone kita boleh perolehi kedudukan kita pada aplikasi google maps sebagai contoh.
Maka kita boleh mengira untuk satu hari berapa darjah matahari akan berganjak mengikut data latitude ini.


90 hari ÷ 23.5° = 3.82978723 hari per darjah.
Ini bermakna, untuk matahari berganjak dari satu darjah ke satu darjah yang lain memerlukan 3.82978723 hari atau bersamaan 3 hari 19 jam 54 minit  53 saat 36 detik secara purata. Namun, ia bukanlah konsisten sepanjang perjalanan peredaran matahari ini kerana ia melibatkan altitude matahari dan imbangan halaju matahari dengan saiz orbit matahari.

5. Bagaimana kira ni?

3.82978723 tolak 3 hari = 0.82978723 darab 24 jam = 19.9148935 jam tolak 19 = 0.9148935 jam darab 60 minit = 54.89361 minit tolak 54 = 0.89361 minit darab 60 saat = 53.6166 saat tolak 53 = 0.6166 saat darab 60 detik = 36.996 detik.
Mudah kira, matahari berganjak dari satu darjah ke satu darjah yang lain memerlukan 3.82978723 hari atau bersamaan 3 hari 19 jam 54 minit  53 saat 36 detik.
1° = 3.8 hari atau 3 hari 19 jam dan seterusnya...

Oleh itu jika anda mahu mengetahui bila tarikh akan berlaku hari tanpa bayang di kawasan anda masing-masing boleh lah menggunakan rumus di bawah ini.

Dapatkan garis latitude di mana anda berada. Hanya gunakan google maps sudah dapat mengetahui. Dengan meletakkan pada dropped pin nombor yang keluar di bahagian atas ialah latitude, longitude. Ambil nombor di hadapan iaitu latitude, kemudian darab 3 hari. dan anda akan dapat berapa hari lagi akan berlaku hari tanpa bayang di kawasan anda. 

Kemudian, gunakan kalender, bermula 21 Mac tambahkan ke hadapan bilangan hari untuk mengetahui bila tarikh berlaku.

6. Contoh Pengiraan.

Contoh, anda berada di Kuala Krai, Kelantan pada latitude 5 darjah. Darab 3 hari akan dapat 15 hari. Tambahkan 21 Mac akan jadi hari tanpa bayang iaitu pada 5 April. Pada tarikh 5 April nanti matahari akan berada pada latitud 5 darjah.

Contoh, anda berada di Hulu Selangor, pada latitude 3 darjah. Darab 3 hari akan dapat 9 hari. Tambahkan 21 Mac akan jadi hari tanpa bayang iaitu pada 30 Mac. Pada tarikh 30 Mac nanti matahari akan berada pada latitud 3 darjah.

Contoh, anda berada di Nilai, Negeri Sembilan pada latitude 2 darjah. Darab 3 hari akan dapat 6 hari. Tambahkan 21 Mac akan jadi hari tanpa bayang iaitu pada 27 Mac. Pada tarikh 27 Mac nanti matahari akan berada pada latitud 2 darjah.

7. Kenapa tidak darab 3.8 hari tetapi 3 hari?

Ini kerana perubahan 3.8 hari melibatkan purata keseluruhan dalam tempoh 3 bulan. Namun, nilai ini berubah disebabkan beberapa faktor iaitu altitude matahari berubah dari rendah ke tinggi apabila beredar mengelilingi secara orbital plane dari garis khatulistiwa hingga garis sartan iaitu ke arah mendekati utara. Faktor lain ialah imbangan halaju matahari dengan saiz orbit matahari.

Setelah mengetahui tarikh berlaku hari tanpa bayang. Maka, boleh lah melaksanakan ujikajinya iaitu mengambil  kira masa beberapa minit sebelum masuk waktu zohor. Fenomena tiada bayang-bayang pada objek lurus dan tegak. Keadaan ini dinamakan istiwa' atau dalam istilah astronomi ialah solar noon iaitu matahari berada paling hampir dengan pemerhati jika mengikut teori bumi datar.


8. Pertembungan antara dua fenomena besar.

Setelah 19 tahun berlalu, fenomena yang dapat disaksikan pada tarikh yang sama iaitu Bulan Purnama di Hari Ekuinoks. Dalam tarikh berlakunya ekuinoks Mac, juga berlaku bulan purnama. Bulan purnama pada ini berlaku pada hari yang sama dengan fenomena ekuinoks Mac. Apa yang menarik dengan Bulan purnama yang berlaku pada tarikh 21 Mac ini? Ia merupakan Bulan purnama ketiga bagi tahun 2019 ini. Dikatakan bulan purnama yang ketiga paling dekat dengan Bumi bagi tahun 2019. Dikenali sebagai Bulan purnama perigee atau 'Supermoon'. Bulan penuh kelihatan berwarna kuning dan ia masih
lagi dalam kajian.

Tetapi ia merupakan bulan purnama perigee terakhir bagi tahun 2019. Bulan purnama perigee yang seterusnya adalah pada 09 Februari 2020. Kali terakhir Bulan purnama berlaku pada hari yang sama dengan fenomena ekuinoks Mac adalah pada 19 tahun yang lalu iaitu pada 20 Mac 2000. Fenomena serupa yang seterusnya akan berlaku pada tahun 2030.

Sunday, March 10, 2019

Kesalahan Video Kapsul angkasa Dragon 2 milik SpaceX Semasa Pendaratan di Lautan Atlantik

Kesalahan Video Kapsul angkasa Dragon 2 milik SpaceX Semasa Pendaratan di Lautan Atlantik


1. Info Yang Diperolehi.

Kapsul angkasa milik SpaceX iaitu Dragon 2 yang telah berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama enam hari telah selamat melakukan pendaratan di Lautan Atlantik kira - kira 370 KM dari pesisiran pantai Florida, USA.

Dragon 2 mendarat kira-kira jam 09:45 PM (waktu Malaysia), 08 Mac 2019 setelah menyempurnakan misi ke ISS bagi menguji keselamatan dan keupayaannya membawa angkasawan ke angkasa lepas pada masa akan datang dengan menggunakan kapsul angkasa tersebut.

Dragon 2 dilancarkan ke angkasa lepas pada 2 Mac 2019 dengan menggunakan roket Falcone 9 itu membawa sekali bersamanya patung ujian Anthropomorphic Test Device (ATD) yang diberi nama Ripley dan kargo seberat 181 KG.

2. Kesalahan Awan Hilang Secara Tiba-Tiba.

Semasa pertukaran skrin dari skrin hitam putih kepada skrin berwarna, masa itu adalah pelepasan parachut dan apabila skrin bertukar, awan yang kelihatan di skrin telah hilang sekelip mata. Lihat gambar 1, 2 dan 3. Kemana hilangnya awan tersebut? Adakah video ini bukan siaran langsung atau video ini adalah edit semata? Jika anda tahu info ini, maklumkan kepada saya.




3. Video Penuh.

Lihat video penuh di sini

https://youtu.be/_0b-HT4HDAE



4. Penguat Keyakinan Teori Bumi Sfera.

Video ini tidak lain adalah kesinambungan kepada eviden-eviden lain yang bertujuan menunjukkan kepada pendukung dan penyokong teori bumi sfera bahawa teori ini terus maju seiring dengan teknologi. Pelabagai agensi samada kerajaan mahupun bukan kerajaan ataupun orang persendirian digunakan semaksimumnya untuk menambah lagi keyakinan teori bumi sfera dengan eviden-eviden dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Namun, kita diajar untuk tabayyun atau menyelidiki dari mana dan siapa yang menyampaikan berita ini. Tidak cukup hanya saksi dari segelintir pihak yang bertanggungjawan menghasilkan video ini. Perlunya saksi yang lebih ramai yang adil untuk mengesahkan video ini adalah tidak ada muslihat samada kamera trik atau sebagainya. Jawapan kami mudah sahaja, ia telah dibayar oleh Illuminati Freemason.

5. Manusia Menjejakkan Kaki Ke Bulan.

Saya kira video ini berpotensi untuk menarik perhatian umum bagi mengulang lagi sejarah dunia suatu ketika dahulu masyarakat dunia dipaparkan dengan misi pendaratan ke bulan. Dalam satu survey, kebanyakan menyatakan, walaupun mereka tidak mempercayai bumi ini datar, dalam masa yang sama juga menolak kejayaan manusia dapat menjejakkan kaki ke bulan. 

6. Misi Ke Bulan.

Dalam misi ke bulan, Apollo 11 milik Amerika Syarikat merupakan misi dengan pemandu manusia pertama yang mendarat di Bulan, pada tanggal 20 Julai 1969. Bahkan Amerika telah mendaratkan 6 misi berpemandu manusia antara tahun 1969 sehingga 1972 serta sejumlah pendaratan tanpa pemandu manusia. Misi pendaratan di bulan yang terakhir adalah pada tahun 1976.

Ketika itu televisyen secara meluas dengan pengguna dari seluruh dunia mendapatkan berita sebagai salah satu sumber.  TV merupakan media utama dalam menyampaikan berita dari seluruh dunia. Ketika siaran secara langsung di televisyen berkenaan kejayaan Amerika menjejakkan kaki ke bulan kemudian diulang-ulang siarannya menjadikan ia sebagai masyarakat dunia mengandaikannya sebagai sebuah kepercayaan. Kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia menyaksikan peristiwa ini, siaran langsung televisyen yang ditonton paling ramai orang pada ketika itu.

7. Menjadi Sebuah Kepercayaan.

Diulang siar di kaca tv, masuk berita utama dunia, dipaparkan di dada akhbar, jurnal-jurnal ditulis, syarahan-syarahan dan kajian-kajian di universiti mengiktiraf kejayaan tersebut sehingga menjadikan sebuah lakonan sederhana menjadi sejarah realiti yang diiktiraf. Padahal ia adalah tipu muslihat!

Berita yang luar biasa dengan rakaman dan aturan sederhana boleh menjadi terlalu popular hingga menjadi sebutan ramai akhirnya menjadi sebuah kepercayaan.

8. Berhati-Hati Di Zaman Yang Akhir.

Sekarang ini kita perlu lebih berhati-hati dengan berita yang disampaikan kerana dikalangan golongan manusia ini ada yang secara berterusan menyampaikan berita palsu dan ia datang dari pelbagai bidang untuk meneruskan propaganda di akhir zaman kini untuk menampungi imbangan pembohongan besar ini.

9. Sold Their Soul To The Devil

Anda mungkin sudah mengetahui berkaitan freemason dan illuminati. Merekalah golongan pengabdi syaitan dan keduniaan (materialistik). Golongan manusia yang telah menjual jiwa mereka kepada golongan ini dipaksa mengikut setiap telunjuk freemason dan illuminati untuk memastikan agenda mereka tercapai untuk kebangkitan Nabi Penyelamat Palsu iaitu Dajjal. Tidak kira apa sahaja asalkan misi mereka berjaya dicapai walaupun terpaksa menunggu ratusan  tahun hingga kerjasama ini diteruskan dari generasi ke generasi. Mereka yang sudah dibeli jiwanya diberi segala harta benda kekayaan duniawi dan popularitinya naik dengan cepat dengan syarat mereka mengikut telunjuk pengikut freemason illuminati. Jika tidak mereka akan dibinasakan.

10. Ahli Silap Mata Merosakkan Keyakinan.

Lihat ahli silap mata hasil tajaan freemason illuminati yang mudah-mudah dan secara sengaja menipu menggunakan kamera trik dan edit. Rancangannya disiarkan keseluruh dunia semata-mata untuk merosakkan keimanan manusia.

Akhirnya ada pihak yang mendedahkan penipuan ahli silap mata ini di youtube dan media-media sosial lain. Namun, disebabkan pengaruh dan kredibiliti media masih relevan, ia masih lagi mempengaruhi minda orang kebanyakan.

Antara lainnya pendedahan penipuan yang dapat kita senaraikan ialah explorasi angkasa lepas, manusia menjejakkan kaki ke bulan, David Coper Field didedahkan menipu dalam video-video silap matanya, Criss Angel, dan mungkin ramai lagi.

Ini antara contoh, dan kesalahan video Criss Angel ini adalah sangat ketara dapat didedahlan. Tetapi malangnya ada yang masih mempercayainya dan konsert pementasan mega silap matanya dihadiri ribuan manusia dan akan menjadi tontonan umum di saluran media dikenali sebagai Criss Angel MINDFREAK (Las Vegas) Tickets at Criss Angel Theater at Planet Hollywood.




11. Ajaran Sihir Khurafat Dalam Siri Animasi Kanak-Kanak.

Jika anda lihat, pada abad ke-21 ini, kebanyakan rancangan animasi tajaan barat, anak-anak melalui tontonan kartun animasi diajarkan sihir. Sila lihat "Sofea the first" antara contohnya, selain ingin mengalihkan nama Safiyyah isterinya Nabi Muhammad s.a.w keturunan Yahudi, supaya hilang dari sejarah manusia. Setiap episod mengajarkan sihir walaupun dunia sudah moden. Ini adalah salah satu cara untuk menanamkan mesej tersembunyi di dalam otak manusia yang dipanggil "subliminal message".

Dengan mudah anda boleh mendapatkan pendedahan dari sumber internet di google, youtube dan sebagainya  dengan kata carian tertentu.

12. DEDUKSI

Jika satu penipuan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan seperti ahli silap mata yang disiarkan secara umum oleh media seperti di televisyen sesebuah negara bahkan ke seluruh dunia dan akhirnya dapat dibongkar penipuannya, tidak mustahil untuk perkara penting dan bidang yang lain contohnya aeroangkasa juga boleh berlaku penipuan untuk satu tujuan yang penting dalam pembohongan besar kepada umat manusia pada zaman kini contohnya berkaitan bentuk bumi sebenar dan sebagainya dan akhirnya menyebabkan wahyu dan petunjuk agama dipandang tidak relevan sebab tidak up to date katanya dan bercanggah dengan sains moden kini iaitu bumi itu sfera padahal ada juga evidens dan kajian yang mendeduksikan bahawa bumi itu sebenarnya datar.

....


Friday, March 8, 2019

Objek Samawi Terbit Dan Terbenam

OBJEK SAMAWI TERBIT DAN TERBENAM



Soalan dari GE (globe earther):


Kenapa bintang-bintang yang berada di hemisfera utara semakin sukar kelihatan apabila kita berada semakin ke arah selatan?


Kenapa bintang-bintang yang berada di hemisfera utara semakin sukar kelihatan apabila kita berada semakin ke arah selatan? Begitu pula sebaliknya, bintang-bintang yang berada di hemisfera selatan semakin sukar kelihatan apabila kita berada semakin ke arah utara.

Sebagai contoh bintang Polaris. Negara yang berada di hemisfera selatan seperti New Zealand tidak akan dapat melihat bintang Polaris walau guna alat bantu optik yang canggih. Polaris hanya dapat dilihat di kawasan hemisfera utara.

Dengan menggunakan alat bantu optik yang canggih, sudah tentu bintang polaris dapat dilihat dari New Zealand jika Bumi ini mendatar. Tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku. Di New Zealand, bintang Polaris tidak akan dan mustahil kelihatan.

Jarak bintang Polaris dari permukaan Bumi datar adalah sekitar 4989 Kilometer, manakala jarak kutub utara ke selatan (latitude -90°) pula adalah sekitar 20004 Kilometer. Dengan jarak bintang Polaris dari permukaan Bumi datar seperti yang didakwa itu, pemerhati di New Zealand masih boleh melihat bintang Polaris dengan altitude berbelas-belas darjah dari ufuk langit. Sayang sekali, keadaan tersebut tidak bertepatan dengan dunia sebenar. Ini lah bukti Bumi itu Sfera atau lebih tepat oblate spheroid.

........................................
Jawapan FE (Flat Earther):
........................................

1. Ia satu fenomena.

Fenomena yang sama dapat diperhatikan oleh samada GE atau FE. Namun, sudut pandangan (perspektif) mana yang digunakan. Apa yang manusia dapat perhatikan ialah fenomena yang sama iaitu terbit dan terbenamnya Matahari, Bulan dan Bintang-Bintang.

2. Alat bantu optik.

Persoalan adakah dengan alat bantu optik paling canggih, objek-objek samawi (objek langit) tersebut dapat dilihat jika bumi ini datar?

Jawapannya tidak boleh.

Dalam teori bumi sfera, terbit dan terbenam itu berlaku disebabkan lengkungan bumi (curvature of earth). Matahari, Bulan dan Bintang-Bintang tidak dapat dilihat oleh penduduk di kawasan sebelah sana, sama ada timur lawannya barat, utara lawannya selatan tidak lain adalah kerana bumi itu sfera. Begitu juga dalam hal menerangkan kejadian siang dan malam, earthshine, fasa bulan, gerhana dan lain-lain fenomena. Konsep GE yang digunakan berbeza dengan FE.

3. Empat faktor bergabung dalam teori bumi datar.

Dalam teori FE, 4 faktor ini menjadi sebab kenapa objek samawi terbit dan terbenam:

1. Jarak jauh melebihi 9000km.
2. Altitud / Ketinggian objek-objek samawi.
3. Batas ketinggian pemerhati.
4. Objek yang menghalang.


5. Jarak jauh dan ketinggian objek samawi.


Dalam teori bumi datar, batas penglihatan  manusia untuk dapat melihat objek jauh yang melebihi 9000km dan objek jauh dan juga berltitude setinggi 4800km dengan ketinggian pemerhati yang terbatas sudah menjelaskan kenapa kita tidak dapat melihat objek tersebut. 

Model bumi datar menyatakan Matahari, Bulan dan Bintang itu ber altitude sekitar 4800km dari permukaan bumi. Ketinggian objek-objek samawi ini boleh berubah-ubah ketinggian namun tidak lah sehingga perubahan yang sangat ketara. Objek-objek samawi ini secara berterusan beredar di langit mengelilingi di atas bumi pada orbit masing-masing.

Manusia di satu kawasan melihat Matahari berlaku sunrise dan sunset sedangkan jarak antara kawasan yang sedang mengalami istiwa (solar noon) dengan kawasan yang melihat sunset atau sunrise adalah 9000km. Contohnya, di Malaysia ketika berlaku sunrise, matahari ketika itu Matahari berada pada lokasi istiwa sedang berlaku di kawasan lautan Pasifik dan ketika sunset ketika itu pada lokasi istiwa pula ialah Afrika tengah.

Sama juga ceritanya dengan bintang polaris dan buruj di utara tidak akan dapat dilihat jika jarak sudah melebihi 9000km. Walaupun dikatakan Bintang polaris itu hampir tidak beredar iaitu menjadi paksi di tengah-tengah kawasan utara (dalam GE disebut kutub utara), namun ia tidak dapat dilihat jika sudah melebihi jarak 9000km.


6. Batas ketinggian pemerhati dan objek penghalang.

Lihat batasnya di sini:

Ketinggian...
Manusia dewasa: lebih kurang 2 meter.

Gunung: 
1.276km (Gunung Ledang)
4.095km (Gunung Kinabalu)
8.848km (Gunung Everest)


Kapal terbang/ Pesawat:
antara 45000 kaki (13.71 km) hingga
60000 kaki (18.28 km).

Belon altitud tinggi:

belon BU60-1 boleh mencapai altitud setinggi 53 km,

Katakanlah manusia boleh naik setinggi 40km sekalipun (footage/ evidence video dari belon altitud tinggi) masih tidak dapat untuk mengatasi jarak 9000km. Nisbah yang sangat kecil puluhan kepada ribuan. Bahagikan 40km ÷ 9000km = berapa hasilnya? Jika diubah kepada peratus pun masih dibawah 1% iaitu 0.44%. Sangat kecil bukan?

Dengan nisbah ketinggian yang manusia boleh capai masih mustahil manusia dapat memerhatikan objek samawi jika sudah mencapai jarak lebih 9000km walaupun dengan alat bantu optik disebabkan ia sudah jatuh di bawah garis ufuk (horizon)

7. Demonstrasi batas ketinggian.

Secara logiknya, jika manusia itu berketinggian 2 meter dan sebuah rumah itu pula pula kita ambil 5 meter ketinggian, dari jarak dekat hingga jauh, keadaan rumah itu pada awalnya (dekat) menghalang penglihatan hingga lah akhirnya sepatutnya semakin jauh dapat melihat objek yang lebih tinggi dari rumah tadi. Namun ketinggian manusia 2 meter itu tetap lebih rendah daripada rumah 5 meter. Berapa jauh pun dijarakkan pasti seorang manusia itu tidak menjadi lebih tinggi daripada sebuah rumah. Itu hakikatnya.

8. Objek penghalang.

Objek yang menghalang bukan sebuah rumah sahaja. Ia adalah objek yang berlapis-lapis dan bersusun jika dijauhkan jaraknya akan menjadi sesuatu yang menghalang penglihatan kita untuk lihat objek di sebaliknya. Saya katakan objek tersebut itu berkumpul di satu garis yang sama iaitu garis ufuk (horizon).

Jika jarak sesuatu objek yang tinggi kemudian semakin jauh ribuan kilometer, ia pasti terhalang oleh objek walaupun ia setinggi wap air di permukaan lautan.

9. Perspektif jalan raya yang lurus mendatar.

Perhatikan perspektif jalan raya yang semakin meruncing, jika semakin jauh, adakah jalan raya itu sebenarnya semakin sempit? Tidak, ia sebenarnya semakin kecil disebakan semakin jauh.

Perhatikan daratan yang rata dihadapan kita, melihat daratan terus ke depan, ia dilihat semakin menaik, dan apabila kita terus berjalan kehadapan ia bukan bermakna kita mendaki tetapi kita hanya berjalan di atas daratan yang rata.

10. Perbandingan semut di padang yang luas.

Dalam penerangan ini, manusia jika boleh dinisbahkan dengan jarak dan ketinggian objek samawi yang terbit dan terbenam itu boleh diumpamakan seperti seekor semut di sebuah padang yang luas dan rata. Dengan keterbatasan ketinggian dan kemampuan penglihatan, jarak yang walaupun dekat dan bagi seorang manusia hanya beberapa langkah sudah menyukarkan semut tadi melihat objek yang lebih jauh.  Nah, inilah yang berlaku kepada penglihatan manusia yang dapat lihat objek-objek samawi terbit dan terbenam.

11. Bintang polaris juga sama, terhalang oleh ufuk jika jarak semakin jauh.

Dengan jarak bintang Polaris dari permukaan Bumi datar seperti yang didakwa itu, pemerhati di New Zealand masih boleh melihat bintang Polaris dengan altitude berbelas-belas darjah dari ufuk langit?

Jika satu objek yang sangat jauh untuk dapat dilihat tidak lain hanyalah apabila objek yang menghalangnya dialihkan dan perkara ini akan dapat dilihat di padang mahsyar selepas kiamat.

12. Kesimpulan

Terhalangnya objek samawi adalah logik kerana objek di daratan yang lebih rendah dan kecil lebih awal masuk ke titik lenyap (vanishing point) menjadi garis ufuk berbanding objek samawi yang lebih tinggi dan besar yang tidak memasuki vanishing point nya lalu terhalang oleh garis ufuk kerana batas ketinggian pemerhati. Penerangan dan ujikaji ada kami tulis di sini untuk pencerahan.


Tuesday, March 5, 2019

Pentingkah mengetahui bentuk Bumi dalam kehidupan seharian?

Pentingkah mengetahui bentuk Bumi dalam kehidupan seharian?

1. Sangat penting.

Adalah sangat penting untuk menentukan bentuk Bumi ini datar atau sfera. Samada orang awam mahupun ahli-ahli dalam sesuatu bidang meteorologi, ahli fizik, ahli matematik, ahli astronomi atau falak dan lain-lain yang perlu mengambil kira bentuk Bumi ini. Kata-kata, "Raikan perbezaan pandangan" sebenarnya perlu diperhalusi lebih. Ini kerana bentuk bumi ini sebenarnya melibatkan akidah.

2. Pesan ulama.

Ada satu cerita, satu pertemuan dengan ulama besar Ahli sunnah wal jamaah dengan tenaga pengajar dan pelajar dalam bidang geografi telah menasihatkan.

“Wajib atas guru pelajaran Geografi apabila menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang teori para ahli Geografi berkenaan diamnya matahari dan berputar dan beredarnya bumi, hendaklah ia menjelaskan bahawa teori ini bertentangan dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi, maka wajib mengambil petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan menolak pendapat yang bertentangan ini. Dan tidak mengapa menyampaikan teori para ahli Geografi tersebut untuk sekedar mengetahuinya dan membantahnya, sebagaimana pendapat-pedapat yang menyimpang lainnya wajib dibantah, bukan untuk membenarkannya dan mengambilnya.”

[Fatawa Al-Lajnah Ad-Daaimah, 26/414-415 no. 15255]

Baca di sini:

http://sofyanruray.info/ulama-islam-sepakat-bentuk-bumi-bulat-tidak-bergerak-dan-matahari-mengelilinginya

3. Boleh tak belajar ilmu geografi tajaan sains moden?

Belajar ilmu falak ini fardhu kifayah. Perlu ada orang Islam yang menguasai ilmu ini. Kamu boleh belajar ilmu geografi ini, namun ketika mana tiba 3 bab ini kamu mesti menafikan dan beriman kepada Al-Quran.

1. Permukaan bumi bentuknya hamparan.
2. Bumi itu diam, tidak bergerak.
3. Kejadian siang dan malam keadaannya Matahari beredar mengelilingi Bumi.

Maka, belajarlah bersungguh-sungguh ilmu geografi dan juga menjaga akidah kamu sungguh-sungguh kerana walaupun satu ayat mahupun satu perkataan Al-Quran yang kamu nafikan daripadanya maka gugurlah syahadah kamu. Kenapa kalimah syahadah ini penting? Cuba anda minta orang bukan Islam (belum Islam) sebut kalimah syahadah dan dalam dalam masa yang sama baca dengan faham dan menyakini akan kalimah itu. Apa agaknya akan berlaku selepas itu?

Dan juga pecahkanlah teori ilmu astronomi yang dipelopori oleh bukan Islam pada waktu ini supaya lebih ramai umat Islam tidak terjerumus dalam menafikan ayat suci Al-Quran semata-mata tertipu dengan mengangkat ilmu astronomi mahupun geografi yang menyeleweng.

4. Apa hujah yang teori sains kini menyeleweng?

Ada orang menyatakan, "Bumi ini pasti berbentuk sfera, bab siapa mengelilingi siapa samada matahari mengelilingi bumi atau sebaliknya itu bab lain, yang penting bumi itu sfera macam bola sepak".

5. Kami mengambil perkara ini serius untuk menerima teori bumi datar disebabkan perkara ini diterima secara menyeluruh. Bukannya ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian.

6. Jumhur ulama bersepakat bahawa, bumi itu bulat, diam tidak berputar mahupun beredar, dan matahari mengelilingi bumi. Namun, kebanyakan kita sukar menerima bahawa bumi ini juga bersifat datar hanya kerana sains moden mendukung teori bumi sfera sepenuhnya dan formula segitiga sfera / trigonometri sfera dalam formula haversine memainkan peranan besar dalam mengukuhkan lagi kepercayaan ini. Pada asalnya segitiga sfera ini Ilmuan Al-Battani gunakan dalam pencerapan objek samawi dalam konsep sfera samawi atau disebut juga kubah langit. Namun, penyelewangan penggunaan ini digunakan juga kepada permukaan bumi yang datar menjadi bumi sfera. Cuba tanya soalan ini kepada diri sendiri, "Kamu yakin Kalam wahyu yang hakikatnya benar atau ilmu rekaan manusia yang bertentangan dengan teks agama walaupun mempunyai kegunaan atau manfaat pada pandangan manusia?"

7. #konspirasi.

Kami menyediakan beberapa artikel dan akan terus menyatakan pendapat bagi membuka ruang kepada kita semua menilai semula apa-apa berita yang diterima tidak semestinya betul. Perkara ini sangat penting untuk kita fahami di akhir zaman ini. Menurut seorang ustaz, pada zaman ini manusia sedang berhadapan dengan dajjal ke-29, sedang menunggu dajjal terakhir yang lebih dahsyat iaitu dajjal terakhir yang ke-30. The final. Biasanya dalam episod akhir, semestinya musuh kepada hero dalam cerita itu adalah yang paling kuat, kuat apa? Paling kuat fitnahnya. Fitnah akhir zaman. Kami sediakan tag #konspirasi, anda boleh baca dengan klik link tersebut. Walaupun belum banyak artikel, namun ini baharulah permulaan dan kami sarankan anda "follow by email" untuk tidak terlepas artikel-artikel yang akan datang.

8. Tiga dalam satu.

Jumhur ulama bersepakat bahawa, bumi itu bulat, diam, dan matahari mengelilingi bumi. Daripada 3 poin ini, hanya satu sahaja diterima dan dua lagi ditolak, masih tidak lulus untuk kita katakan mengikut jumhur ulama. Ini kerana ulama sudah membuat kajian mendalam sebelum membuat keputusan kesepakatan antara mereka. Katakan, kita terima bumi itu bulat, tetapi dalam masa yang sama berputar dan beredar mengelilingi matahari. Ayat ini menunjukkan penerimaan satu daripada tiga keputusan jumhur ini. Maka, markahnya 1/3. Oleh sebab itulah, kumpulan bumi datar ini menerima ketiga-tiga keputusan ulama. Dengan menerima bumi itu bulat tetapi datar permukaannya masih diterima bahawa bumi itu bulat (bukannya sfera), diam tidak berputar, serta matahari lah yang mengelilingi bumi bukan sebaliknya. Maka, jika begini baharulah dikatakan menerima kesemua iaitu 3/3 daripada keputusan jumhur ulama.

9. Sedar tidak sedar, kepercayaan bumi sfera memainkan peranan penting dalam mewujudkan golongan atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dan lain-lain golongan yang menghampirinya. Golongan hedonisme (keseronokan duniawi merupakan tujuan hidup) atau pun golongan lalai dengan agama adalah salah satu daripadanya. Salah satu perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku kepada golongan cerdik yang membaca kalam wahyu tidak melihat kerelevanannya disebabkan pertentangan dengan apa yang dipelajari hasil tajaan sains moden kini. Ringkas cerita, hati itu menolak kalam wahyu yang dibaca hanya kerana bertentangan dengan apa yang dipelajari.

10. Antara yang paling kritikal, apabila disebutkan siang dan malam, pasti ada disebutkan juga peredaran matahari secara tidak langsung perkaitannya dengan penyebab kejadian siang dan malam serta matahari itu sentiasa beredar. Namun, apa yang diajar oleh sains moden ialah kejadian siang dan malam berlaku disebabkan putaran bumi.

11. Anak-anak kita yang menjawab soalan sains di sekolah pasti disalahkan jawapannya apabila menjawab soalan "Apakah yang menyebabkan kejadian siang dan malam?" Lalu dijawab "Peredaran matahari". Adalah salah dari segi skema jawapan dan silibus yang diajar". Tetapi sebenarnya betul dan tepat disisi agama. Nampak tak pertentangan sains moden dan juga kalam wahyu?

12. Habis tu, bagaimana pula nak jawab persoalan-persoalan ini?

Kalau dah bumi tu datar,
Macamana siang malam tu terjadi?
Kalau bumi tak berputar,
Macamana siang malam tu berlaku?
Dan tak sama di setiap negara?
Ada cepat ada lambat?
Kalau datar,
Mana hujung bumi?
Macamana empat musim tu terjadi?
Bila bumi datar,
negara mana dapat corner lot?

Akan dibincangkan dalam artikel lain. InsyaAllah.

13. Bagaimana nak selamat dari menafikan kalam wahyu?

Saya beriman dengan apa yang diturunkan dengan panduan mengikut alim ulama. Saya orang awam tidak pandai dan tidak mempunyai ilmu tafsir Al-Quran. Maka sebab itulah saya mengikut keputusan jumhur ulama. Saya berlepas diri dengan khilaf tafsiran di kalangan ulama.

14. Penting atau tidak mengetahui bentuk bumi ini dalam kehidupan seharian?

Sangat penting untuk akidah dan iman umat Islam. Kerana ada pada bab tertentu ilmu wahyu itu tidak sama dengan apa yang diajarkan dalam sains moden kini. Dari segi aplikasi atau kegunaannya adalah bebas untuk teori itu berfungsi asalkan matlamat utama itu tercapai. Kalau menjawab soalan matematik itu tidak terbatas untuk mendapat jawapannya pada satu-satu jalan kira sahaja. Dibolehkan ada beberapa jalan penyelesaiannya. Ada yang ambil jalan mudah dengan menggunakan kalkulator, ada yang gunakan kaedah pembuktian lain dan ada yang mengira satu per satu mengikut kemampuan dan ilmu seseorang. Namun selagi tidak melanggar syariat ia masih dibolehkan asalkan matlamat tercapai. Contohnya, orang dapat mengetahui masuknya waktu solat dan menunaikan perintah tanggungjawab solat. Ada orang guna takwim, ada yang gunakan pencerapan matahari. Masing-masing dengan kaedahnya asalkan mahu menunaikan solat. Yang menjadi masalah ialah tidak mahu solat.

15. Kepentingan mempelajari ilmu falak dalam kehidupan seharian.

Ilmu falak yang dahulunya dipelopori oleh umat Islam bermula ketika Zaman Khalifah Abbasiyyah yang berlangsung antara tempoh masa 750 hingga 1517 Masihi sudah pun mendahului masyarakat barat dalam penggunaan ilmu falak di pelbagai bidang seperti pelayaran, pengembaraan, ketenteraan, pemetaan dan sebagainya. Pada ketika itu masyarakat barat berada di zaman kegelapan bermula keruntuhan tamadun Rom yang berlangsung antara tempoh masa 476 hingga 1050 Masihi. Walaupun kini ilmu falak ataupun ilmu astronomi dipelopori oleh barat, namun tidak dapat dinafikan ia adalah hasil buah tangan yang dimulakan oleh Ilmuan Islam juga.

16. Penentuan masuk waktu solat.

Macam mana untuk kita mengetahui waktu solat sudah masuk? Dengar azan dan bagaimana bilal tahu waktu itu sudah boleh melaungkan azan? Dengan pencerapan peredaran Matahari kita dapat menentukan waktu solat melalui kiraan matematik berpandukan formula sfera samawi (langit) dan bukannya formula bumi sfera.

Sebab itu , kita tidak perlu tunggu tahun depan pun kita sudah boleh tahu waktu solat tahun depan dengan tepat melalui pengiraan ini.

17. Penentuan arah kiblat.

Sudah masuk waktu solat, mestilah kena solat. Nak solat kena hadap arah kiblat. Kiblat malaysia sekitar 290 ke 293 darjah ditentukan nilainya melalui beberapa kaedah. Pertamanya kita yang berada di kawasan timur ini boleh menggunakan kaedah pencerapan matahari dengan tiang dan bayang tiang pun sudah memadai tepat pada ketika istiwa a'zam (agung) iaitu Matahari melintasi tepat di atas Kaabah di kota suci Mekah yang berlaku dua kali setahun mengikut penggunaan kalender masehi iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.

Kaedah kedua juga boleh digunakan iaitu pengiraan matematik berpandukan model bumi sfera berdasarkan formula segitiga sfera dan formula haversine. Kaedah ini adalah harus kerana pada masa ini tiada lagi pengiraan yang lebih tepat dalam teori bumi datar untuk pengiraan arah. Begitu juga penggunaannya dalam semua sistem navigasi.

Umpamanya jika di hutan tiada makanan lain yang boleh dimakan melainkan khinzir (babi) diharuskan memakannya hanya untuk menyambung nyawa sahaja. Oleh itu, untuk penentuan arah kiblat di tempat yang belum ditentusahkan dengan fenomena istiwa azam, maka boleh lah menggunakan kaedah ini. Orang awam kini boleh menentukan arah kiblat dengan mudah menggunakan aplikasi android di talipon pintar sebagai contoh google maps dan lain-lain aplikasi jika tahu caranya.

18. Takwim hijrah.

Dalam penyusunan takwim hijrah, tidak ada mengambil kira bentuk bumi sfera dalam kiraan matematik dalam menentukan data kenampakan hilal atau anak bulan. Jika dinisbahkan matahari dan bulan terbit dan terbenam di lengkungan bumi, maka di teori bumi datar juga ada konsep yang boleh menerangkan fenomena ini. Selain lengkungan bumi, ia adalah disebabkan batas ketinggian pencerap terhadap jarak jauhnya kedudukan matahari dan bulan.

19. Kesimpulan

Jadi, bentuk bumi ini jika dilihat dengan pelbagai perspektif pun masih dapat menentukan:

1. Masuk waktu solat,

2. Arah kiblat dan

3. Takwim hijrah.

Namun, pilihan di tangan anda untuk selarikan konsep ini dengan panduan wahyu atau mengikut sistem barat tanpa usul periksa. Wallahu alam.

20. Ada banyak lagi perkara yang akan dibincangkan pada artikel yang akan datang dan pastikan anda klik "Follow by Email" dan masukkan email anda untuk mengikuti perbincangan selanjutnya.