Kesalahan Video Kapsul angkasa Dragon 2 milik SpaceX Semasa Pendaratan di Lautan Atlantik
1. Info Yang Diperolehi.
Kapsul angkasa milik SpaceX iaitu Dragon 2 yang telah berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama enam hari telah selamat melakukan pendaratan di Lautan Atlantik kira - kira 370 KM dari pesisiran pantai Florida, USA.
Dragon 2 mendarat kira-kira jam 09:45 PM (waktu Malaysia), 08 Mac 2019 setelah menyempurnakan misi ke ISS bagi menguji keselamatan dan keupayaannya membawa angkasawan ke angkasa lepas pada masa akan datang dengan menggunakan kapsul angkasa tersebut.
Dragon 2 dilancarkan ke angkasa lepas pada 2 Mac 2019 dengan menggunakan roket Falcone 9 itu membawa sekali bersamanya patung ujian Anthropomorphic Test Device (ATD) yang diberi nama Ripley dan kargo seberat 181 KG.
2. Kesalahan Awan Hilang Secara Tiba-Tiba.
Semasa pertukaran skrin dari skrin hitam putih kepada skrin berwarna, masa itu adalah pelepasan parachut dan apabila skrin bertukar, awan yang kelihatan di skrin telah hilang sekelip mata. Lihat gambar 1, 2 dan 3. Kemana hilangnya awan tersebut? Adakah video ini bukan siaran langsung atau video ini adalah edit semata? Jika anda tahu info ini, maklumkan kepada saya.
4. Penguat Keyakinan Teori Bumi Sfera.
Video ini tidak lain adalah kesinambungan kepada eviden-eviden lain yang bertujuan menunjukkan kepada pendukung dan penyokong teori bumi sfera bahawa teori ini terus maju seiring dengan teknologi. Pelabagai agensi samada kerajaan mahupun bukan kerajaan ataupun orang persendirian digunakan semaksimumnya untuk menambah lagi keyakinan teori bumi sfera dengan eviden-eviden dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Namun, kita diajar untuk tabayyun atau menyelidiki dari mana dan siapa yang menyampaikan berita ini. Tidak cukup hanya saksi dari segelintir pihak yang bertanggungjawan menghasilkan video ini. Perlunya saksi yang lebih ramai yang adil untuk mengesahkan video ini adalah tidak ada muslihat samada kamera trik atau sebagainya. Jawapan kami mudah sahaja, ia telah dibayar oleh Illuminati Freemason.
5. Manusia Menjejakkan Kaki Ke Bulan.
Saya kira video ini berpotensi untuk menarik perhatian umum bagi mengulang lagi sejarah dunia suatu ketika dahulu masyarakat dunia dipaparkan dengan misi pendaratan ke bulan. Dalam satu survey, kebanyakan menyatakan, walaupun mereka tidak mempercayai bumi ini datar, dalam masa yang sama juga menolak kejayaan manusia dapat menjejakkan kaki ke bulan.
6. Misi Ke Bulan.
Dalam misi ke bulan, Apollo 11 milik Amerika Syarikat merupakan misi dengan pemandu manusia pertama yang mendarat di Bulan, pada tanggal 20 Julai 1969. Bahkan Amerika telah mendaratkan 6 misi berpemandu manusia antara tahun 1969 sehingga 1972 serta sejumlah pendaratan tanpa pemandu manusia. Misi pendaratan di bulan yang terakhir adalah pada tahun 1976.
Ketika itu televisyen secara meluas dengan pengguna dari seluruh dunia mendapatkan berita sebagai salah satu sumber. TV merupakan media utama dalam menyampaikan berita dari seluruh dunia. Ketika siaran secara langsung di televisyen berkenaan kejayaan Amerika menjejakkan kaki ke bulan kemudian diulang-ulang siarannya menjadikan ia sebagai masyarakat dunia mengandaikannya sebagai sebuah kepercayaan. Kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia menyaksikan peristiwa ini, siaran langsung televisyen yang ditonton paling ramai orang pada ketika itu.
7. Menjadi Sebuah Kepercayaan.
Diulang siar di kaca tv, masuk berita utama dunia, dipaparkan di dada akhbar, jurnal-jurnal ditulis, syarahan-syarahan dan kajian-kajian di universiti mengiktiraf kejayaan tersebut sehingga menjadikan sebuah lakonan sederhana menjadi sejarah realiti yang diiktiraf. Padahal ia adalah tipu muslihat!
Berita yang luar biasa dengan rakaman dan aturan sederhana boleh menjadi terlalu popular hingga menjadi sebutan ramai akhirnya menjadi sebuah kepercayaan.
8. Berhati-Hati Di Zaman Yang Akhir.
8. Berhati-Hati Di Zaman Yang Akhir.
Sekarang ini kita perlu lebih berhati-hati dengan berita yang disampaikan kerana dikalangan golongan manusia ini ada yang secara berterusan menyampaikan berita palsu dan ia datang dari pelbagai bidang untuk meneruskan propaganda di akhir zaman kini untuk menampungi imbangan pembohongan besar ini.
9. Sold Their Soul To The Devil
9. Sold Their Soul To The Devil
Anda mungkin sudah mengetahui berkaitan freemason dan illuminati. Merekalah golongan pengabdi syaitan dan keduniaan (materialistik). Golongan manusia yang telah menjual jiwa mereka kepada golongan ini dipaksa mengikut setiap telunjuk freemason dan illuminati untuk memastikan agenda mereka tercapai untuk kebangkitan Nabi Penyelamat Palsu iaitu Dajjal. Tidak kira apa sahaja asalkan misi mereka berjaya dicapai walaupun terpaksa menunggu ratusan tahun hingga kerjasama ini diteruskan dari generasi ke generasi. Mereka yang sudah dibeli jiwanya diberi segala harta benda kekayaan duniawi dan popularitinya naik dengan cepat dengan syarat mereka mengikut telunjuk pengikut freemason illuminati. Jika tidak mereka akan dibinasakan.
10. Ahli Silap Mata Merosakkan Keyakinan.
Lihat ahli silap mata hasil tajaan freemason illuminati yang mudah-mudah dan secara sengaja menipu menggunakan kamera trik dan edit. Rancangannya disiarkan keseluruh dunia semata-mata untuk merosakkan keimanan manusia.
Akhirnya ada pihak yang mendedahkan penipuan ahli silap mata ini di youtube dan media-media sosial lain. Namun, disebabkan pengaruh dan kredibiliti media masih relevan, ia masih lagi mempengaruhi minda orang kebanyakan.
Antara lainnya pendedahan penipuan yang dapat kita senaraikan ialah explorasi angkasa lepas, manusia menjejakkan kaki ke bulan, David Coper Field didedahkan menipu dalam video-video silap matanya, Criss Angel, dan mungkin ramai lagi.
11. Ajaran Sihir Khurafat Dalam Siri Animasi Kanak-Kanak.
Akhirnya ada pihak yang mendedahkan penipuan ahli silap mata ini di youtube dan media-media sosial lain. Namun, disebabkan pengaruh dan kredibiliti media masih relevan, ia masih lagi mempengaruhi minda orang kebanyakan.
Antara lainnya pendedahan penipuan yang dapat kita senaraikan ialah explorasi angkasa lepas, manusia menjejakkan kaki ke bulan, David Coper Field didedahkan menipu dalam video-video silap matanya, Criss Angel, dan mungkin ramai lagi.
Ini antara contoh, dan kesalahan video Criss Angel ini adalah sangat ketara dapat didedahlan. Tetapi malangnya ada yang masih mempercayainya dan konsert pementasan mega silap matanya dihadiri ribuan manusia dan akan menjadi tontonan umum di saluran media dikenali sebagai Criss Angel MINDFREAK (Las Vegas) Tickets at Criss Angel Theater at Planet Hollywood.
11. Ajaran Sihir Khurafat Dalam Siri Animasi Kanak-Kanak.
Jika anda lihat, pada abad ke-21 ini, kebanyakan rancangan animasi tajaan barat, anak-anak melalui tontonan kartun animasi diajarkan sihir. Sila lihat "Sofea the first" antara contohnya, selain ingin mengalihkan nama Safiyyah isterinya Nabi Muhammad s.a.w keturunan Yahudi, supaya hilang dari sejarah manusia. Setiap episod mengajarkan sihir walaupun dunia sudah moden. Ini adalah salah satu cara untuk menanamkan mesej tersembunyi di dalam otak manusia yang dipanggil "subliminal message".
Dengan mudah anda boleh mendapatkan pendedahan dari sumber internet di google, youtube dan sebagainya dengan kata carian tertentu.
12. DEDUKSI
Jika satu penipuan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan seperti ahli silap mata yang disiarkan secara umum oleh media seperti di televisyen sesebuah negara bahkan ke seluruh dunia dan akhirnya dapat dibongkar penipuannya, tidak mustahil untuk perkara penting dan bidang yang lain contohnya aeroangkasa juga boleh berlaku penipuan untuk satu tujuan yang penting dalam pembohongan besar kepada umat manusia pada zaman kini contohnya berkaitan bentuk bumi sebenar dan sebagainya dan akhirnya menyebabkan wahyu dan petunjuk agama dipandang tidak relevan sebab tidak up to date katanya dan bercanggah dengan sains moden kini iaitu bumi itu sfera padahal ada juga evidens dan kajian yang mendeduksikan bahawa bumi itu sebenarnya datar.
....
No comments:
Post a Comment