1. Hari Objek Tanpa Bayang.
21 Mac 2019 merupakan hari ekuinoks Mac. Matahari berada di atas garis imaginasi khatulistiwa. Ketika terbit, Matahari berada tepat pada arah timur dan ketika terbenam, ia berada tepat pada arah barat. Ini adalah peluang untuk anda mencari di mana arah sebenar timur dan barat. Namun, disebabkan Malaysia bukanlah negara yang berada tepat pada garis khatulistiwa, adalah penting untuk kita mengetahui kedudukan di mana kita berada.
2. Fenomena yang boleh dilihat ialah fenomena hari tanpa bayang.
Antara cara mudah untuk kenal pasti hari tanpa bayang di tempat anda ialah ambil objek berbentuk silinder seperti tin susu atau botol dan lain-lain. Letakkan di bawah sinaran matahari beberapa minit sebelum masuk waktu zohor di kawasan anda.
3. Hari Tanpa Bayang Di Malaysia.
Pada tarikh 21 Mac dan 21 September berlakunya fenomena matahari berada di atas garis khatulistiwa (equator). Di Malaysia bukan lah antara negara yang berada tepat di atas garis khatulistiwa. Malaysia berada antara 0.8° utara hingga 6.6° utara. Oleh itu, pada tarikh 21 Mac dan 21 September didapati, akan ada sedikit bayang-bayang kerana matahari yang menyinari tin susu dan botol itu berada pada berlainan latitud berbanding kawasan khatulistiwa dan Malaysia beberapa darjah ke utara dari garis itu bergantung dimana lokasi anda berada di Malaysia.
Pada tarikh 21 Mac dan 21 September berlakunya fenomena matahari berada di atas garis khatulistiwa (equator). Di Malaysia bukan lah antara negara yang berada tepat di atas garis khatulistiwa. Malaysia berada antara 0.8° utara hingga 6.6° utara. Oleh itu, pada tarikh 21 Mac dan 21 September didapati, akan ada sedikit bayang-bayang kerana matahari yang menyinari tin susu dan botol itu berada pada berlainan latitud berbanding kawasan khatulistiwa dan Malaysia beberapa darjah ke utara dari garis itu bergantung dimana lokasi anda berada di Malaysia.
4. Bagaimana mengira bila matahari berada pada garis latitude lokasi anda?
Kaedah yang saya reka ialah kaedah mengira mengikut data paling minimal. Siapa sahaja boleh mencubanya. Walaupun tidak lah tepat, namun ia adalah kaedah sederhana dan cepat untuk menganggarkan tarikh berlakunya hari tanpa bayang.
Pengiraannya begini, katakan maksimum matahari akan berada di latitude berhampiran kawasan utara ialah pada bulan jun atau lebih tepat ialah 21 jun. Manakala matahari apabila berada di garis khatulistiwa ialah pada 21 mac. Peredaran matahari bermula 21 Mac hingga 21 jun ialah 3 bulan. Maka, julatnya ialah bermula dari garis khatulistiwa hingga garis sartan iaitu maksimum ke arah kawasan utara secara orbital melingkar di atas bumi yang datar.
Setelah mengetahui laluan matahari ialah 3 bulan iaitu bermula 21 Mac hingga 21 Jun dari garis khatulistiwa ke garis sartan. Maka kita dapat lihat untuk 3 bulan atau 90 hari.
Maklumat yang diperlukan ialah garis sartan berada pada 23.5°. Oleh itu jika kita tahu koordinat di mana kedudukan kita dan dengan smartphone kita boleh perolehi kedudukan kita pada aplikasi google maps sebagai contoh.
Maka kita boleh mengira untuk satu hari berapa darjah matahari akan berganjak mengikut data latitude ini.
90 hari ÷ 23.5° = 3.82978723 hari per darjah.
Ini bermakna, untuk matahari berganjak dari satu darjah ke satu darjah yang lain memerlukan 3.82978723 hari atau bersamaan 3 hari 19 jam 54 minit 53 saat 36 detik secara purata. Namun, ia bukanlah konsisten sepanjang perjalanan peredaran matahari ini kerana ia melibatkan altitude matahari dan imbangan halaju matahari dengan saiz orbit matahari.
5. Bagaimana kira ni?
3.82978723 tolak 3 hari = 0.82978723 darab 24 jam = 19.9148935 jam tolak 19 = 0.9148935 jam darab 60 minit = 54.89361 minit tolak 54 = 0.89361 minit darab 60 saat = 53.6166 saat tolak 53 = 0.6166 saat darab 60 detik = 36.996 detik.
Mudah kira, matahari berganjak dari satu darjah ke satu darjah yang lain memerlukan 3.82978723 hari atau bersamaan 3 hari 19 jam 54 minit 53 saat 36 detik.
1° = 3.8 hari atau 3 hari 19 jam dan seterusnya...
Oleh itu jika anda mahu mengetahui bila tarikh akan berlaku hari tanpa bayang di kawasan anda masing-masing boleh lah menggunakan rumus di bawah ini.
Dapatkan garis latitude di mana anda berada. Hanya gunakan google maps sudah dapat mengetahui. Dengan meletakkan pada dropped pin nombor yang keluar di bahagian atas ialah latitude, longitude. Ambil nombor di hadapan iaitu latitude, kemudian darab 3 hari. dan anda akan dapat berapa hari lagi akan berlaku hari tanpa bayang di kawasan anda.
Kemudian, gunakan kalender, bermula 21 Mac tambahkan ke hadapan bilangan hari untuk mengetahui bila tarikh berlaku.
6. Contoh Pengiraan.
6. Contoh Pengiraan.
Contoh, anda berada di Kuala Krai, Kelantan pada latitude 5 darjah. Darab 3 hari akan dapat 15 hari. Tambahkan 21 Mac akan jadi hari tanpa bayang iaitu pada 5 April. Pada tarikh 5 April nanti matahari akan berada pada latitud 5 darjah.
Contoh, anda berada di Hulu Selangor, pada latitude 3 darjah. Darab 3 hari akan dapat 9 hari. Tambahkan 21 Mac akan jadi hari tanpa bayang iaitu pada 30 Mac. Pada tarikh 30 Mac nanti matahari akan berada pada latitud 3 darjah.
Contoh, anda berada di Nilai, Negeri Sembilan pada latitude 2 darjah. Darab 3 hari akan dapat 6 hari. Tambahkan 21 Mac akan jadi hari tanpa bayang iaitu pada 27 Mac. Pada tarikh 27 Mac nanti matahari akan berada pada latitud 2 darjah.
7. Kenapa tidak darab 3.8 hari tetapi 3 hari?
Ini kerana perubahan 3.8 hari melibatkan purata keseluruhan dalam tempoh 3 bulan. Namun, nilai ini berubah disebabkan beberapa faktor iaitu altitude matahari berubah dari rendah ke tinggi apabila beredar mengelilingi secara orbital plane dari garis khatulistiwa hingga garis sartan iaitu ke arah mendekati utara. Faktor lain ialah imbangan halaju matahari dengan saiz orbit matahari.
Setelah mengetahui tarikh berlaku hari tanpa bayang. Maka, boleh lah melaksanakan ujikajinya iaitu mengambil kira masa beberapa minit sebelum masuk waktu zohor. Fenomena tiada bayang-bayang pada objek lurus dan tegak. Keadaan ini dinamakan istiwa' atau dalam istilah astronomi ialah solar noon iaitu matahari berada paling hampir dengan pemerhati jika mengikut teori bumi datar.
Setelah 19 tahun berlalu, fenomena yang dapat disaksikan pada tarikh yang sama iaitu Bulan Purnama di Hari Ekuinoks. Dalam tarikh berlakunya ekuinoks Mac, juga berlaku bulan purnama. Bulan purnama pada ini berlaku pada hari yang sama dengan fenomena ekuinoks Mac. Apa yang menarik dengan Bulan purnama yang berlaku pada tarikh 21 Mac ini? Ia merupakan Bulan purnama ketiga bagi tahun 2019 ini. Dikatakan bulan purnama yang ketiga paling dekat dengan Bumi bagi tahun 2019. Dikenali sebagai Bulan purnama perigee atau 'Supermoon'. Bulan penuh kelihatan berwarna kuning dan ia masih
lagi dalam kajian.
lagi dalam kajian.
Tetapi ia merupakan bulan purnama perigee terakhir bagi tahun 2019. Bulan purnama perigee yang seterusnya adalah pada 09 Februari 2020. Kali terakhir Bulan purnama berlaku pada hari yang sama dengan fenomena ekuinoks Mac adalah pada 19 tahun yang lalu iaitu pada 20 Mac 2000. Fenomena serupa yang seterusnya akan berlaku pada tahun 2030.
No comments:
Post a Comment